Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah.
Selama hampir dua minggu, saya mengurangkan aktiviti menulis di sini dan facebook. Banyak yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Pertama, saya pulang dan keluarga pulang ke kampung. Sudah lama saya tidak pulang. Kali ini, mak, abah, adik dan adik ipar pergi menunaikan umrah. Mak mengadakan majlis bacaan yasin di rumah dan abah pula mengadakan majlis doa selamat di masjid. Mak dan abah mahu meraikan kegembiraan mereka bersama kawan-kawan.
Kedua - Pulang dari kampung, saya dan tuan suami membeli pakaian dan buku sekolah untuk anak-anak pula. Memang penuh masa saya. Beli buku teks di Kedai Buku Syabab dan Pustaka Rakyat. Buku tulis beli di kedai buku sekolah. Pakaian dan kasut sekolah dibeli di Kedai I-Nur, Nilai Square 2 dan Kedai Buku Blizt, Bandar Baru Bangi. Banyak tempat yang kami singgah dan banyak juga wangnya, tambahan pula semua barang yang dibeli perlu didoublekan.
Ketiga - Menghantar mak, abah, adik dan adik ipar di KLIA 2. Mereka bertolak pada 14/12/2015 dan insyaAllah, akan kembali ke Malaysia pada 24/12/2015.
Keempat - Menghantar Along Zikri hadiri kelas fotografi. Kisahnya ada saya ceritakan semalam.
Kelima - Ziarah mentua di rumah adik. Membeli bahan masakan mingguan. Ini salah satu rutin mingguan saya sekeluarga.
Ini pun masih ada lagi senarai perkara yang perlu dibuat. Dan tidak lama lagi sesi persekolahan akan dibuka.
***********
Mahu belajar dan berjualan secara online ? Sertai Rakan Niaga ABDR.
Maklumat lanjut di sini.
No comments:
Post a Comment