Monday 7 December 2015

Komuniti Untuk Ibu Bekerja Di Rumah

ABDR Komuniti Untuk Ibu Bekerja Di Rumah

Di dalam komuniti akademi bekerja dari rumah saya diajar cara menulis blog dengan betul. Panduan langkah-demi-langkah bergambar disediakan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang baru hendak belajar membina blog sendiri. Saya juga diberikan soalan analisa untuk dijawab dan dari situ akan menentukan minat dan kecenderungan kita.

Blog saya lebih menjurus kepada minat dalam seni jahitan dan ianya membuatkan saya lebih fokus kepada tajuk yang diberi. Tidak macam sebelum ini menulis blog caca-marba. Berpandukan soalan kaji selidik yang dijawab juga, kita akan tahu kekuatan blog kita di mana. Jadi segala penulisan atau perkongsian akan menjurus ke arah topik yang diberi oleh pengurus online.

Memandangkan saya bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak yang masih kecil, masa saya agak terhad. Saya juga agak sukar untuk menghadiri kelas yang diadakan secara offline. Akademi bekerja dari rumah ini sangat sesuai untuk situasi saya.

Kelas akademi bekerja dari rumah ini sangat fleksibel. Semuanya dilakukan secara online. Tugasan akan diberikan dan berapa pantas anda hendak menyiapkan tugasan yang diberi anda tentukan sendiri. Tiada paksaan, segalanya anda yang tentukan. Segala kekeliruan yang timbul sepanjang kelas berlangsung akan ada sokongan. Hanya perlu menghantar soalan melalui pesanan di facebook dan segalanya akan dijawab oleh cikgu.

Walaupun baru enam bulan selepas penjenamaan semula blog, ianya sudah pun menampakkan hasil. Blog saya sudah mula dijejaki. Tajuk utama blog adalah tutorial jahitan dan dalam masa yang sama berkongsi catatan harian dan juga catatan pengalaman sebagai panduan.

Semoga sedikit ulasan saya ini dapat membuka ruang dan peluang untuk lebih ramai lagi suri yang akan atau telah berhenti kerja dan ingin bekerja dari rumah mencipta kejayaan sendiri dengan sokongan komuniti akademi bekerja dari rumah ini.

Kita semua mempunyai keistimewaan sendiri, jangan bataskan kemahiran diri. Anda mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran dan kebolehan yang ada.

Berkenalan dengan penulis Puan Rosilawati Wahid.

Alumni Kelas Blog Penulisan dan Bisnes.
http://rosilawatiwahid.blogspot.my/

Mahu belajar hasilkan blog untuk tujuan bisnes? Jom sertai kami di ABDR. Pm saya di inbox untuk maklumat lanjut dan pendaftaran kelas.


No comments:

Post a Comment