Assalamualaikum. Selamat pagi.
Ya Allah, pilihlah kami untuk sentiasa istiqamah dengan amal soleh kami dan tetapkan kami pada jalan yang lurus yang Engkau redhai. Dan mudahkan setiap urusan hidup kami hari ini dan akhiri kesemuanya dengan kesudahan yang baik. Aamiin.
Rutin harian saya masih seperti biasa. Cuma semalam, saya menemani suami ke Puchong untuk menghadiri mesyuarat. Semenjak tuan suami bekerja sendiri, seringkali saya menemaninya. Mesyuarat agak lambat selesai. Pukul satu tengahari, barulah kami bergerak pulang. Suami singgah dahulu di Masjd Uniten untuk solat zuhur berjemaah. Kemudian, kami pergi ke PPAS Bangi pula untuk mencari bahan rujukan untuk Kak Ngah Aida.
Sebelum itu, sempat juga kami berdua singgah membeli juadah minuman petang di Seksyen 9, Bangi. Selesai urusan di PPAS, kami berdua pulang. Maaf tiada gambar untuk entri hari ini.
#ABDR #GSLEF #TelekungAlKhauthar
No comments:
Post a Comment