Wednesday, 29 June 2016

Pisang Emas.

Pisang emas salah satu buah kegemaran akak. Ingat tak kisah akak mengenai selalu balik kampung tu. Cerita kali ini ada hubung kaitnya.

Setiap kali balik kampung, abah akan berikan akak pisang emas untuk dibawa pulang ke kota. Hasil tanaman abah sendiri. Mak pula tolong bungkuskan. Akak simpan dalam beg pakaian. Ada masanya sesikat, kadangkala dua sikat. Tak dapat bawa lebih, maklumlah naik bas.

Pisang emas tu lah tanda kasih sayang abah. Pokok pisang dijaganya dengan baik. Nak bagi akak bila berbuah dan sudah masak. Siap simpankan, menanti akak pulang.Tu cerita mak pada akak.
Anak Abah Menulis.
#catatanpengalaman2016
#AkademiBekerjaDiRumah