Sunday 21 August 2016

Kasut McDonald's

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.

Nak tahu tak? Abah pernah belikan akak kasut sekolah yang lebih besar dari saiz kaki. Abah beritahu sudah tiada lagi saiz yang lain di kedai. Jadi akak perlu pakai juga kasut itu ke sekolah.

Mujurlah kasut itu bertali, jadi akak ikat ketat-ketat dan tambah kertas di dalamnya walaupun kurang selesa. Nampak besar sungguh kasut itu di kaki akak.

Rasa malu juga tapi akak tebalkan saja muka. Tambahan pula, ada kawan-kawan lelaki yang mengatakan akak pakai kasut McDonald.

Dalam hati akak, pedulikan kata-kata mereka. Mereka tidak tahu, abah bukan sengaja. Walaupun ada ketika akak rasa marah juga.

Tapi akak tahu, abah sudah usahakan yang terbaik. Sudah ke bandar membawa tali rafia yang berukuran saiz kaki akak ke bandar. Tak kan kerana sepasang kasut, akak mahu abah berulang alik ke bandar.

Dalam hati akak juga, maafkan saja mereka kerana mereka tidak tahu. Lagi pun kata-kata mereka tidak dapat menandingi kasih sayang yang abah tunjukkan.
Anak Abah Menulis.

#catatanpengalaman2016


No comments:

Post a Comment