Monday, 15 August 2016

Hanya Satu Soalan.

Teks : Saniah Mat Sanat


Kedengaran bunyi motor abah, cepat-cepat akak tutup tv. Tidak lama kemudian, muncul abah sambil bertanya sudahkah akak baca buku. Cepat saja akak anggukkan kepala. Dalam hati, berdebar-debar takut ditegur.

Segera akak melangkah ke arah beg sekolah. Ambil buku dan baca dengan tekun. Takut sungguh. Rasa bersalah juga sebab sebenarnya akak tak baca pun lagi. Walaupun akak sudah siapkan kerja sekolah.

Korang tahu tak? Sebenarnya bila mak dan abah bertanya, mereka sedang memantau kita. Mereka ambil berat dengan cara mereka sendiri. Sekarang baru akak faham. Hanya satu soalan tetapi akak ingat sehingga sekarang.
Anak Abah Menulis.