Wednesday 7 September 2016

Nasi Goreng Ikan Bilis

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.

Pagi ini, akak sarapan nasi goreng ikan bilis. Menu ini ringkas saja. Mudah. Bahan-bahannya ialah tiga biji bawang merah, seulas bawang putih, sebiji cili padi, segenggam ikan bilis, dua cawan nasi dan sebiji telur.

Pertama, akak hiris dahulu bawang merah dan bawang putih. Kemudian, akak ambil lesung batu dan tumbuk kedua-duanya. Apabila sudah lumat, akak masukkan cili padi tadi dan tumbuk sekali lagi. Akhir sekali, akak masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga lumat.

Kedua, akak masukkan minyak dalam kuali. Apabila sudah panas, akak tumis bahan tumbuk tadi. Goreng sehingga kekuningan dan tambah garam. Kemudian, akak tambah telur dan nasi tadi. Goreng sekejap. Goreng dalam lima minit, sudah boleh makan.

Selalunya akak masak dalam nasi goreng dalam masa dua puluh minit. Mahu cepat lagi, sediakan bahan-bahannya waktu malam. Jadi, apabila waktu pagi, boleh terus masak.

#resepi  #catatanharian2016


No comments:

Post a Comment