Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Pagi tadi, kakak ipar hantar pesanan. Tulisnya, mak ada kirimkan buah cempedak. Mahu dihantar ke rumah atau mahu saya ambil sendiri di kediamannya. Pantas sahaja saya menjawabnya, mahu ambil di sana. Bukan apa, memudahkannya.
Tadi, dalam pukul sepuluh saya sudah berada di sana. Mahu ambil kiriman mak. Rupanya bukan sedikit buahnya, banyak. Lihatlah gambar. Cukup untuk kami sekeluarga. Bukan itu saja, mak kirimkan sekali pucuk ubi, cili padi dan limau kasturi.
Mahu tahu tidak? Lama sudah saya sebut-sebut mahu makan cempedak goreng. Tapi saya mahu cempedak dari Keratong. Buah cempedak dari belakang rumah mak abah memang manis. Dulu-dulu, buahnya lagi besar dari sekarang. Kali ini, saya mahu jerukkan kulit cempedak. Mahu jadikan mandai, salah satu makanan orang banjar. Sedap dimakan bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment