Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Kak Ani mahu kongsikan resepi spageti goreng tomyam hari ini. Sebenarnya masaknya lebih kurang seperti mee goreng. Bezanya hanya perlu rebus dahulu spageti.
Sediakan sebungkus spageti dan rebus. Ikuti arahan merebus di bungkusan. Sambil itu, Kak Ani potong dadu sebiji bawang holland, dua ulas bawang putih. Boleh juga ditambahkan tomato, ini terpulang. Setengah dada ayam yang dipotong kecil.
Apabila bahan sudah disediakan, sudah boleh tumis bawang, apabila naik bau masukkan tomato dan kacau sebentar. Kak Ani tambah tiga sudu paste tomyam Adabi dan setengah sudu kecil serbuk cili. Jika tiada serbuk cili, boleh tukarkan dengan cili kisar. Sudah naik bau, Kak Ani masukkan ayam tadi dan tambahkan setengah cawan air(agak-agak).
Sudah masak ayam, tambah pula sebungkus serbuk nasi goreng cina Adabi. Kacau sebentar, dan masukkan spageti. Gaul sehingga bahan tumisan tadi sebati dengannya. Siap spageti goreng tomyam. Sudah boleh dihidang dan makan bersama ahli keluarga. Sebelum dihidangkan, boleh tambah hirisan daun limau purut untuk menambah rasa dan daunya.
Kak Ani, The Writer
#catatanharian2016 #teamABDR
*************
Fikirkan tentang, bagaimana rasanya, apabila menulis seperti diari. Mudah bukan. Tiada lagi istilah kering idea. Tulis pengalaman biasa yang boleh membantu orang lain. Setiap pengalaman kita unik tidak sama.
Apa yang kita lalui dan rasai membuatkan kisah kita luar biasa. Tulisan kita akan sampai ke hati para pembaca. Mahukah kalian belajar menulis bersama-sama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah?
Baca maklumatnya di sini.
Sudah bersedia, mahu terus mendaftar. Klik di SINI.
No comments:
Post a Comment