Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Masa begitu cepat beredar. Tidak terasa waktu berlalu bila ada banyak perkara yang mahu kita lakukan. Pagi-pagi lagi, sekitar jam empat pagi Kak Ani sudah bangun.
Aktiviti selepas sahur, masih sama seperti hari sebelum berpuasa. Perubahan pada waktu memasak sahaja. Kerja-kerja rumah juga telah diambil alih oleh anak-anak kerana cuti sekolah.
Sekarang juga, hampir setiap petang hujan turun. Panas di sebelah pagi. Petang mendung. Agak selesa berpuasa. Kak Ani pula memang kurang keluar.
Sudah hari kelima kita berpuasa, Kak Ani belum pergi ke pasar ramadan lagi. Dulu, masa anak-anak kecil, setiap hari jugalah ke sana membeli juadah. Lebih kepada meraikan anak-anak. Bawa mereka memilih kuih muih yang dimahukan.
Setiap seorang, Kak Ani benarkan memilih satu jenis kuih sahaja. Jadi, ada tiga jenis kuih muih berbeza lah. Ketika itu, harga kuih ialah rm1, dapat tiga. Cukup untuk keluarga kecil kami.
Begitulah cara Kak Ani dulu, raikan anak-anak berpuasa. Berbeza dengan sekarang. Lebih suka memasak yang mudah-mudah saja. Sesekali, sediakan juga yang istimewa.
#puasaduludulu #catatanharian2017 #catatanpengalaman2017
Thursday, 1 June 2017
Raikan Anak Anak Berpuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment