Monday 19 October 2020

Set Travelog Hamka

Perjalanan hidup Hamka tidak mendatar tanpa cabaran dan dugaan. Hamka sangat kenal akan dunia manusia dan masalah yang ada di tanah airnya kerana dia banyak berjalan dan gemar mengembara.

4 Bulan di Amerika Jilid 1 dan 2 ditulis sebagai analisis dan renungan selepas kunjungan beliau ke sana pada tahun 1952.

Kenang-kenanganku di Malaya disusun oleh Hamka untuk mencurahkan rasa cinta kepada umat dan bumi Melayu ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannya.

Di Tepi Sungai Dajlah, beliau mengisahkan kembaranya ke Kota Baghdad pada tahun 1950 yang penuh dengat riwayat-riwayat dan hikayat 1001 malam. Tentang kerajaan Babylonia, raja-raja dan keturunan Bani Hasyim,  Mazhab Syiah dan Sunnah.

Dan Perjalanan Terakhir Buya Hamka pula merupakan pengalaman peribadi, catatan dari suatu peristiwa ketika bersama Buya Hamka, ataupun komentar-komentar atas wafatnya almarhum baik mengenai keperibadian, integriti ataupun kepemimpinan selama hayatnya.

Set Travelog Hamka

1. 4 Bulan di Amerika Jilid 1
2. 4 Bulan di Amerika Jilid 2
3. Kenangan-kenanganku di Malaya
4. Perjalanan Terakhir Buya Hamka
5. Di Tepi Sungai Dajlah

Dapatkan segera Set Travelog HAMKA  


No comments:

Post a Comment