Thursday, 18 August 2016

Cemburukah?

Teks : Saniah Mat Sanat


Masa mula-mula kahwin, cemburu jugalah lihat orang ada kereta lawa tau. Yang kami ada motor kapcai. Bila hujan, cepat-cepat berhenti cari tempat berteduh dan pakai baju hujan. Best juga kena hujan. Sweet sangat rasanya. Suasana pun romantik gitu.

Tapi tuan suami pesan, usah lihat apa orang ada. Kenapa mahu lihat dan bandingkan? Lihat apa yang kita ada dan bersyukur punya kenderaan. Ada yang tidak ada pun kereta mahupun motor.

Analogi yang tuan suami berikan ialah sekarang dia beli memang baru, tapi bila tiba masanya kita pula beli. Bukankah, yang dia punya sudah jadi kereta lama, yang kita punya kereta baru. Lambat cepat tentu ada rezeki kita. Janji Allah itu pasti.

‪#‎kahwinmuda‬ ‪#‎catatanpengalaman2016‬

WAHM

Teks : Saniah Mat Sanat
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawanku. Didoakan urusan semua dipermudahkan dan berjalan lancar. Aamiin.


Wahm (work at home mom) Ibu bekerja di rumah.
Memang sudah difahami statusnya boleh bekerja dari rumah, tetapi tidak semestinya tidak boleh bekerja diluar rumah. Jangan terikat apabila bergelar wahm, kita akan menyandang dan mahu gelaran itu sampai bila-bila. Jadikan ia fleksibel berdasarkan perkembangan bisnes atau kerja kita dari masa ke semasa.
Sumber : Ebook Super WAHM Super MOM


Bila Sudah Kahwin

Teks : Saniah Mat Sanat


Bila berkahwin, hubungan dengan mak, abah dan adik beradik agak renggang jugalah. Maklumlah keutamaan sudah berubah kan. Tapi akak ni kiranya beruntung sangat sebab tuan suami tidak pernah berkira masa, tenaga dan wang ringgit untuk kedua-dua keluarga.

Sama saja baginya. Katanya, dua-dua pun mak dan ayah yang wajib kita berbuat baik. Biasalah jika ada yang sedikit berbeza pandangan kan. Cara hidup kedua-dua keluarga tak sama. Jadi ia salah satu sebab akak terima dan sokong seratus peratus setiap keputusan tuan suami.

Walaupun adakalanya berbeza pendapat dalam sepanjang perbincangan. Namun yang akak pegang ialah selagi keputusan yang mahu diputuskan tuan suami tidak melanggar hukum yang ditetapkan selagi itulah akak mengikutinya. Itulah salah satu cara akak untuk sama-sama hidup harmoni.

‪#‎catatanpengalaman2016‬ ‪#‎kahwinmuda‬

Tuesday, 16 August 2016

Berani VS Ketakutan

Teks : Saniah Mat Sanat.

Aduh! Tak tahu mana mahu mula. Akak memang ada tulis cerita tapi sudah dua kali tulis, idea berhenti di tengah cerita. Nak cerita mengenai perjalanan minggu lepas.

Tahu tak? Inilah dia dinamakan "writer's block".
Kenapa ia berlaku? Salah satu ialah ketakutan. Inilah yang akak beritahu petang tadi. Menulis perlukan keberanian.

Sebenarnya kita perlu hadapi perasaan takut itu. Tidak mudah. Tetapi mudah bila ada ilmu. Mulakan dulu dengan asas. Tulis ayat yang mudah dan pendek dahulu. Ini yang cikgu akak ajar, tau.

#AkademiBekerjaDiRumah

Nak belajar menulis? Jom sama-sama belajar dengan kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah.

Hubungi akak melalui whatapps - 0192828266 atau melalui email - saniah.matsanat@gmail.com


Monday, 15 August 2016

Rezeki

Teks & Foto : Saniah Mat Sanat



Alhamdulillah. Rezeki hari ini. Mak kirimkan buah durian dan tempoyak tadi melalui abang. Terima kasih mak dan abah. Rasa sweet pula. Mak kirimkan kelapa dan buah binjai juga.

Betullah rezeki tidak pernah salah alamat, akak memang teringin nak makan buah durian. Sekali dapat lapan biji. Banyak sungguh untuk akak sekeluarga. Terima kasih, mak.

Nak tahu tak? Mak selalu kirimkan macam-macam pada akak. Antaranya, ulam. Yang sentiasa, jadi posmen tentulah abang akak. Dia selalu pulang ke Keratong. Abang akak ni tinggal berdekatan, jadi mudahlah.
‬
Abaikan pemandangan kat belakang, ya. Botol-botol tu, simpanan air kat rumah ni. Tiga hari lepas setiap petang hingga ke subuh air dicatu.

Hanya Satu Soalan.

Teks : Saniah Mat Sanat


Kedengaran bunyi motor abah, cepat-cepat akak tutup tv. Tidak lama kemudian, muncul abah sambil bertanya sudahkah akak baca buku. Cepat saja akak anggukkan kepala. Dalam hati, berdebar-debar takut ditegur.

Segera akak melangkah ke arah beg sekolah. Ambil buku dan baca dengan tekun. Takut sungguh. Rasa bersalah juga sebab sebenarnya akak tak baca pun lagi. Walaupun akak sudah siapkan kerja sekolah.

Korang tahu tak? Sebenarnya bila mak dan abah bertanya, mereka sedang memantau kita. Mereka ambil berat dengan cara mereka sendiri. Sekarang baru akak faham. Hanya satu soalan tetapi akak ingat sehingga sekarang.
Anak Abah Menulis.

Tuesday, 9 August 2016

Kelas Akaun Ogos 2016

Pendaftaran Kelas asas Akaun dibuka kembali:
1. Kelas asas online (Min 3 orang)
Tarikh: 13/08/16 Sabtu
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran -rm150

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2. Grup Coaching (Min 4-6 peserta)
Tarikh: 20/08/16 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: Putrajaya.
Yuran - rm250

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
Boleh PM ke inbox untuk pertanyaan selanjutnya.