Bukti mimpi saya yang jadi kenyataan.
1. Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir - Goodreads Malaysia - Jejak Tarbiah
2. Rezeki Luar Biasa Suri Rumah (berbaki 8 buah)
3. Kumpulan Cerpen Legasi Bonda - DBP.
Siapa sangka, asalnya kerana minat membaca saja. Kemudian, timbul keinginan mahu menjadi penulis. Mahu capai cita-cita dari zaman sekolah.
Ketika itu, masih anak-anak...tidak faham kenapa guru itu merasakan ia sukar dan tidak akan diperolehi. Tidak logik. Malah, disuruh menukar keinginan itu. Tegarnya guru itu, memusnahkan angan-angan seorang anak murid yang naif.
Anak...sifatnya lurus. Dibatalkan niat. Namun, rasa kecewa tetap bersarang di hati. Rasa itu dia simpan. Biar ia berkurung.
Sekian lama, akhirnya peluang tiba. Anak itu sudah pun dewasa dan berkahwin. Mendapat kebebasan melakukan apa yang dia sukai. Malah, disokong sepenuh hati oleh si suami.
Asalnya, cukuplah belajar dan menulis di blog. Akhirnya, berkat sabar dan doa hasilnya manis sekali. Buku-buku ini sudah menjadi harta yang mahu diturunkan ke legasi seterusnya.
No comments:
Post a Comment