Thursday, 22 August 2013

Kahwin muda

Teks: Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google





Bismillah


Assalamualaikum.


Hari ini saya ingin berkongsi dulu dengan maksud kahwin muda.  Kahwin maksudnya perikatan yang sah antara orang lelaki dengan orang perempuan untuk menjadi suami isteri dalam kata lain ialah nikah.  Muda bermaksud dalam konteks orang bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik dan masih berhingus.


Dalam Islam berkahwin bermaksud akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak serta tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.



Pengalaman berkahwin semasa muda akan membina rasa tanggungjawab serta membuatkan diri menjadi lebih matang. Walaupun demikian, sebahagian dari kita masih gagal menyelami maksud berkahwin itu sendiri. 


Para pembaca yang disayangi dan dirahmati Allah, semoga apa jua pilihan yang kita pilih mendapat keredhaan Allah.  Lain sekolah kehidupan,  lain pula ajarannya, hormati perbezaan, raikan kelainan.  Hidup ini bukan untuk mencari perbezaan, hidup ini adalah untuk memanfaat apa yang baik dan menjauhi yang tidak baik.  In shaa Allah.


Astaghfirullah.  Wallahu'alam.


Rujukan : https://www.facebook.com/ShamsuddinKadir?fref=ts
               http://prpm.dbp.gov.my/default.aspx
               http://www.islamgrid.gov.my/articles/munakahat/munakahat.php
11















No comments:

Post a Comment