Sunday, 5 January 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan.

 Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

Alhamdulillah.  Tahniah.  Baca perkongsiaan rakan kelas online saya.  InsyaAllah.

Rakan saya hanya mengambil masa selama dua bulan untuk menyelesaikan tugasan.  Katanya, "macam lari pecutan 100m nak selesaikan tugasan terakhir" :) mana tidaknya, bergelut dengan tugas seorang SAHM dan beberapa dugaan dengan line internet.
--------------------
Teks: Suhaila Rahim.

Sumber:  http://suhailarahim.blogspot.com/2013/12/ulasan-kelas-belajar-asas-blog.html

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan untuk menamatkan 44 entri yang ditetapkan dalam kelas Online. Syukur kerana perjalanan yang berdingkit-dingkit ini sampai juga ke matlamat yang ditetapkan walaupun mengambil masa dua bulan. Terima kasih pada Cikgu Online saya, kak Aishah Hussein yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk terus mencapai matlamat walaupun agak merangkak di awal perjalanan kelas. Namun saya rasa gembira mengikuti kelas ini kerana masa kelas yang fleksibel dan pengajaran guru yang mudah difahami dan kesediaan guru yang mahu berkongsi pelabagai ilmu dalam blog.

Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam penulisan di blog. Tetapi saya suka melayari pelbagai blog untuk mencari pelbagai maklumat yang saya inginkan. Kecanggihan IT sekarang, semua perkara boleh dicapai di internet. Pakcik 'Google' sedia menanti pelbagai persoalan yang terlintas difikiran. Cuma terpulang pada diri sendiri untuk mencari yang baik atau sebaliknya. Dalam pada itu, terdetik juga dalam hati alangkah baiknya jika saya memiliki satu blog sendiri sebagai ruang untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki.

Namun pada mulanya, pertemuan saya dengan blog Puan Masayu bukan lebih kepada untuk membuat blog. Saya tertarik dengan peluang yang ditawarkan dengan konsep mengajak untuk suri rumah untuk 'bekerja dari rumah'. Saya merasakan tawaran itu sesuatu yang lain daripada yang lain yang pernah saya tahu, walaupun kita sedia maklum dengan bermacam-macam tawaran di internet. Syukur, Allah mempertemukan saya dengan peluang ini. Keinginan untuk mencari peluang unttuk bekerja dari rumah, di beri sekali peluang untuk belajar dan memiliki blog. Selepas membaca entri dalam blog tersebut saya terus dapatkan Puan Masayu dan Kak Aishah di facebook. Alhamdulilah mendapat balasan mesej daripada Kak Aishah tentang pakej bagaimana untuk bermula dengan kelas Online.

Secara jujur saya bukan insan yang pandai menulis dan hanya 'silent reader' di facebook. Tetapi semangat yang kak Aishah bagi untuk terus berkongsi menaikkan keinginan saya supaya rajin menulis. Setiap hari saya paksa diri sendiri untuk berfikir entri-entri yang bermanfaat untuk saya kongsikan di blog. Setiap hari saya positifkan diri walaupun dengan kekangan intenet yang perlahan dan perlu menaip sambil menyusu baby dipangkuan, saya kena teruskan juga. Saya seperti merasakan balik 'mood' semasa bekerja sepenuh masa dahulu. Kalau dulu kena fikir yang berkaitan dengan kerja dan lebih kepada 'manfaat untuk boss', tapi kali ini saya berfikir untuk manfaat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Dan yang paling saya seronok sebab kerja saya tiada had masa dan boleh bekerja bila-bila masa. Oleh itu saya usahakan entri-entri yang boleh memberi ilmu, walaupun bukan untuk di manfaat sekarang tapi mungkin diperlukan oleh orang lain pada masa hadapan. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi. In shaa Allah..

Kepada mereka yang tercari-cari platfom untuk bekerja dari rumah ini, sertailah kami sebagai peluang menambah pendapatan di samping niat untuk menimba dan berkongsi ilmu. Selain itu dengan menyertai kelas ini kita boleh mengenali rakan-rakan baru yang berlainan bidang dan dalam masa yang kita juga berjemaah dalam membantu antara satu sama lain.

Wassalam

-------------------

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada 
email : saniah.matsanat@gmail.com
sms/what apps : 0192828266

No comments:

Post a Comment