Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Saniah Mat Sanat.
Bismillah.
Alhamdulillah. Insya-Allah.
Ebook Belajar Asas Blog.
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook
Petikan Bab 9: Motivasi Menulis
44-catatan harian
- Latihan paling asas bagi yang baru mula menulis. Pastikan mula dengan catatan harian dalam buku nota. Kemudian pindahkan apa yang ditulis ke dalam blog
-Latihan menulis paling mudah ialah menulis apa aktiviti pada hari tersebut, catatan harian seorang surirumah, seorang pekerja, seorang ibu, seorang usahawan. Tulis apa sahaja aktiviti bermula bangun pagi.
-Jangan tinggalkan walau satu hari, kebiasaaan 44 hari ini memudahkan kita menulis dan menjadikan ia rutin yang biasa.
-Cari masa yang sesuai setiap hari ambil hanya lima hingga 10 minit sahaja. Tulis semula apa yang dicata. Terus tulis dan publish, jangan ada perasaan teragak-agak.
-Apabila kita sudah berada dalam zon bertenang, kembali lihat semula entri terdahulu, sunting dan tambah baik penulisan sedia ada.
-Melepasi 44 entri kelihatan blog kita sudah begitu cantik tersusun dan sudah mula padat dengan informasi ringkas. Ia adalah cara paling mudah untuk menarik pembaca suka berkunjung.
-Pembaca datang setiap hari kerana mahu baca apa yang dikongsikan.
-Penulisan yang jujur menjadikan penyampaian lebih bersahaja, dan blog sebegini suka didatangi lagi dan lagi.
-Jika mahu ada pembaca datang, jadi jangan tidak ada entri baru.
-Istilahnya seperti menjemput tetamu, dan tetamu itu adalah rezeki.
-Jamu tetamu dengan perkataan baik-baik, mudahan ia kembali membawa rezeki untuk kita.
Jika tidak hari ini, mungkin esok, atau lusa, atau datang banyak serentak. ;)
Ebook- 101 Idea Mula Bisnes Makanan.
Teks: Aishah Hussein.
Apabila kita memikirkan tentang bisnes makanan, otak kita terus terbayang akan menjual pelbagai juadah atau pun terbayang kedai makan dan gerai. Tetapi pada hakikatnya, bisnes makanan adalah lebih luas cabangnya.
Terpulang kepada kalian untuk memilih cabang mana yang kalian ingin ceburi.
Antara rangkaian bisnes makanan adalah:
1. Pembekal Bahan Mentah
2. Pengusaha Makanan
3. Kelas Memasak
4. Kedai Bahan-bahan bakeri atau peralatan bakeri
5. Peniaga Pasar Malam
6. Kedai Makan
7. Gerai Nasi Lemak
8. Kedai menjual peralatan memasak
9. Gerai Menjual Burger
10. Kiosk
11. Gerai buah-buahan
12. Gerai minuman
13. Gerai menjual berjenis-jenis jeruk
14. Kedai Makanan Segera
Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
No comments:
Post a Comment