Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Perbadi
Bismillah. Alhamdulillah. Sudah hampir 17 tahun saya mendirikan rumahtangga. Panduan dari tuan suami semasa awal perkahwinan kami banyak membantu saya menyesuaikan diri bersama keluarganya. Semasa ditanya apa yang saya perlu lakukan apabila pulang ke rumah keluarga mentua, jawapannya mudah sahaja iaitu belajar melihat.
Pada mulanya saya berasa sungguh hairan, bagaimana untuk belajar melihat. Hanya selepas diberikan penjelasan oleh tuan suami, barulah saya faham. Belajar melihat maksudnya sentiasa memerhatikan cara-cara ahli keluarga melakukan apa jua kerja rumah samada memasak, membasuh atau menyapu sampah. Dari situ lebih mudah untuk kita belajar dan melakukan kerja-kerja itu semula. Tentu ada perbezaannya dengan apa yang sering kita lakukan di rumah ibu-bapa sendiri
Setelah memahami apa yang diterangkan tuan suami, panduan yang diberikan sangat bermanfaat. Sehingga sekarang saya masih mengamalkannya. Manfaat yang saya perolehi antaranya sudah dapat memasak sepertimana ibu mertua tetapi adakalanya terbabas juga rasa masakannya. Sudah tentu tidak dapat menandingi air tangan seorang ibu.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment