Saturday 20 December 2014

Persediaan persiapan ke sekolah.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.

Persediaan persiapan ke sekolah telah pun saya siapkan seawal memasuki bulan disember lagi.  Sudah menjadi kebiasaan saya menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seawal mungkin.  Tambahan pula jadual tuan suami agak sibuk pada akhir bulan ini.

Persediaan menyediakan persiapan kelengkapan sekolah anak-anak pada tahun ini dimulakan dengan membeli kasut sekolah untuk anak kembar saya.  Lagipun semasa itu, mereka berdua akan pergi ke perkhemahan yang dianjurkan pihak sekolah.

Setelah senarai buku dikeluarkan pihak sekolah, saya membeli buku pula.  Kali ini, pihak sekolah tidak menjual buku teks seperti tahun-tahun yang lalu(anak-anak bersekolah di sekolah swasta).  Nampaknya saya perlu ke kedai buku.  Hanya buku tulis sahaja yang dijual di kedai sekolah.

Kemudian siapkan kelengkapan pakaian sekolah.  Kali ini, saya membeli pakaian sekolah anak-anak di Taman Gombak Ria, Batu Caves.  Selalunya beli di kedai sekolah sahaja namun demikian kali ini perlu  ke sana kerana Along Zikri sudah dilantik menjadi pegawas sekolah.  Pakaian seragam pengawas sekolah hanya dijual di kedai ini. Terlanjur sudah sampai tentulah belikan sekali pakaian sekolah anak kembar saya.  Mudah satu tempat sahaja.

Akhir sekali, tugas saya membalut buku- buku yang sudah dibeli.  Kali ini, saya dan anak-anak sama-sama membalut buku.  Sekarang tinggal nak jahit nama dan lencana sekolah sahaja. Namun begitu, pakaian tersebut perlu saya basuh dahulu.

No comments:

Post a Comment