Foto : ABDR
Bismillah. Alhamdulillah.
Hari ini saya mahu kongsikan cabaran dan kejayaan semasa menjalankan perniagaan secara dropship. Sebenarnya sudah lama saya tahu mengenai dropship, cuma semasa itu agak kurang ambil tahu. Tumpuan saya ketika itu masih kepada menguruskan rumahtangga dan anak-anak.
Saya mula sertai dropship melalui Puan Masayu Ahmad pada awal tahun 2013. Bayaran komitmen ketika itu dua puluh ringgit sahaja. Saya dibantu tuan suami membina laman web dan fanpage untuk produk dropship. Saya juga war-warkan dalam grup whatapps.
Walaupun nampak senang menjalankan bisnes dropship, namun tetap ada cabarannya. Pernah sekali barangan pelanggan tertukar. Namun begitu, atas nasihat dan panduan dari Puan Masayu Ahmad, saya dapat mengatasinya. Tambahan pula pelanggan tersebut adalah teman saya.
Komisyen dari jualan saya kumpulkan. Tidak lama kemudian saya sertai kelas asas blog dan penulisan yang diasaskan Puan Masayu Ahmad yang kini lebih dikenali sebagai Akademi Berkerja di Rumah(ABDR). Di kelas ini saya belajar menulis dan focus kepada tajuk yang diberikan semasa analisa sebelum memulakan kelas.
Selesai tugasan kelas yang diberikan, saya dilantik sebagai pembantu guru kelas oleh Puan Aishah Hussein, guru kelas ABDR. Selepas beberapa bulan, saya diserapkan pula menjadi rakan niaga atau pengurus online ABDR. Sebagai pengurus online, saya memperkenalkan produk-produk ABDR kepada orang lain. Keyakinan dan kepercayaan yang diberikan Puan Masayu dan Puan Aishah menjadikan saya lebih berusaha lagi.
Hasil wang jualan saya kumpulkan lagi untuk menyertai kelas penulisan yang lain. Kejayaan yang kecil hari ini, saya jadikan asbab kejayaan akan datang. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment