Tidak tahu mahu tulis apa. Sesat? Tulis dan latih tubi di bawah label catatan harian. Tulis seperti diari. Menggunakan ejaan penuh. Kongsi apakah aktiviti sepanjang hari.
Kita ambil masa sepuluh minit setiap hari dari masa dua puluh empat jam. Selepas solat subuh atau selepas baca quran. Jadikan ia tabiat selama empat puluh hari.
Tulis mengikut format karangan SPM. Mahu tulis ikut format UPSR pun boleh. Apa yang penting tulis. Jangan tinggal atau ponteng walau sehari.
Latih tubi di atas sangat penting bagi kalian yang baru mula, semula menulis. Latih tubi sebanyak empat puluh empat nota pertama. Sepuluh hari pertama adalah kejung, sepuluh hari berikutnya adalah kebiasaan, baki seterusnya adalah waktu bertahan.
Apabila sudah mula, wajib buat sampai selesai. Harus sampai garis penamat.
MODUL: ASAS BLOG DAN PENULISAN EDISI KEMASKINI. Pendaftaran kelas blog bisnes sesi oktober juga sudah dibuka.
Tuesday, 26 September 2017
Catatan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment