Lupa sungguhlah hari ini, hari khamis. Niatnya, dari kelmarin lagi mahu berpuasa. Allah. Allah. Allah.
Penyakit pelupa ini selalu juga datangnya. Jadi, Kak Ani guna beberapa cara untuk atasinya.
1. Catat. Ini bila mahu beli barang dan untuk temujanji. Ambil nota.
2. Setiap barang mesti diletakkan di tempatnya. Jadi, tidaklah kelam kabut mahu mencari.
3. Minta bantuan ahli keluarga ingatkan. Contohnya, waktu menjerang air.
Sebenarnya lupa ini boleh dicegah. Melalui pembacaan Kak Ani, kita digalakkan untuk amalkan ini.
1. Baca Al Quran.
2. Aktif bersenam.
3. Jaga pemakanan. Makan makanan segar iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang mempunyai MSG.
4. Makan makanan untuk otak. Contohnya, kekacang, pisang, ikan dan telur.
Ada banyak lagi sebenarnya, kalian boleh cari di Google bagaimana mahu jaga otak. Kak Ani selalu baca di wall DrRizal Abu Bakar.
Kelas asas blog dan penulisan akan ditutup. Sesi November adalah yang terakhir. Pendaftaran hanya untuk 30 orang.
Thursday, 11 October 2018
Lupa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment