Wednesday, 20 May 2015

Minggu Peperiksaan.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah.  Alhamdulillah.  Sudah tiba minggu peperiksaan.

Along Zikri sudah jalani minggu peperiksaan sejak minggu lalu.  Esok, Kak Ngah Aida dan Kak Su Aina pula.  Walaupun anak-anak sudah besar, apabila tiba minggu peperiksaan saya tetap pantau anak-anak ulangkaji.

Alhamdulillah, setakat ini anak-anak patuh apabila saya tetapkan tidak menonton dan melayari laman web.  Selain tidak dibenarkan menonton saya juga pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib.  Selepas solat, perlu membaca Al-Quran.  Jadual ini, sudah jadi rutin kami sekeluarga.

Sebagai seorang ibu, apa yang kita mahu tentu kejayaan dalam semua bidang.  Namun demikian, kita juga perlu belajar menerima anak-anak seadanya.  Walaupun begitu, kita doakan yang terbaik untuk mereka.

Tuesday, 19 May 2015

Sarapan Pagi.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah.  Alhamdulillah.

Sarapan pagi semalam saya sediakan kentang goreng.  Hari ini pula, saya sediakan telur rebus separuh masak.  Sarapan pagi yang ringkas dan mudah.

Antara menu sarapan pagi yang sering saya sediakan ialah jemput-jemput, roti bakar, lempeng, nasi goreng, meehoon goreng, roti canai dan nasi lemak.  Menu ini akan saya pelbagaikan.  Contohnya, jemput-jemput.  Boleh masak jemput-jemput bawang, jemput-jemput kentang, jemput-jemput labu manis dan jemput-jemput pisang. 

Alhamdulillah, saya mahu kongsikan tips mudah masak telur rebus separuh masak. Moga bermanfaat. 

Caranya ialah kita masak air di dalam periuk sehingga mendidih terlebih dahulu. Tutup api dan masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan ke dalam air tadi dan tutup periuk. Biarkan selama lima minit dan hidangkan.
*****
KELAS ASAS BLOG MULA BISNES 

Masalah yang biasa dihadapi :

1. Sudah ada produk, tetapi tidak tahu cara untuk mula pasarkan, dan tidak tahu cara untuk berkongsi

2. Mula dengan shopping cart tetapi tidak ada sasaran pelanggan

Penyelesaiannya :
-Bina blog berkaitan manfaat produk untuk menerangkan manfaat untuk masalah pelanggan.

contoh: produk susu ibu, menerangkan tentang ilmu-ilmu penyusuan.

contoh: produk pendidikan awal kanak-kanak, menerangkan manfaat produk membantu ibu mengajar anak-anak di rumah.

Bina blog untuk mula bina penjenamaan diri, mula kumpul khayak pembaca dan bakal pelanggan berdasarkan produk yang kita tawarkan.

Belajar lebih lanjut cara ini, dalam kelas online blog mula bisnes ABDR

Baca lagi di sini atau hubungi saya terus.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Sunday, 10 May 2015

Pencuri Duit.


Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Cik Azue

Bismilllah. Alhamdulillah.

Akademi Bekerja di Rumah berkoloborasi bersama 2 orang trainer.  Lokasi kelas adalah di sekitar Putrajaya, Bandar Tun Hussein Onn dan juga di Shah Alam.

Saya sangat-sangat cadangkan suri yang terlibat dengan bisnes tidak kira secara online ataupun offline, ambil tahu tentang aliran kewangan bisnes kalian.  Walau kalian tidak membuat kerja-kerja mengemaskini akaun tetapi kalian mesti ambil tahu aliran masuk dan keluar.  Jika kita lepas tangan pada rakan kongsi ataupun orang lain, kebarangkalian untuk kalian ditipu  amat cerah.  Sudah ada dua tiga rakan yang berkongsi pengalaman kepada saya.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.  Bunyi macam remeh tetapi ia adalah langkah keselamatan.

Antara tips penting yang sering diingatkan oleh trainer:

  • Duit bisnes adalah duit "Perniagaan".
  • Duit personal adalah duit "SENDIRI"
  • Jangan sesekali dicampur-adukkan duit Bisnes dengan duit "Personal".
  • Jangan gunakan duit Bisnes untuk kegunaan Personal
  • Jangan gunakan duit Personal untuk kegunaan Bisnes.

Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.
Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang.  Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?
Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.

Antara jenis kelas akaun yang ditawarkan:

1. Kelas asas Akuan secara online.

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul ini

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Lokasi: Putrajaya.
Yuran RM250

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Berminat untuk belajar urus akaun bisnes?

Hubungi saya.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266


Kelas Asas Blog Bisnes & Penulisan.


Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR
Bismillah.  Alhamdulillah.

Pakej menarik tahun 2015, khas untuk semua yang baru nak mula berbisnes dan belajar menulis di blog secara konsisten. Belajar bagaimana nak jadikan blog sebagai medium perkongsian untuk pembaca dan bakal pembeli.

Kelas blog mula bisnes + kelas asas blog penulisan (2 kelas serentak)

* yuran RM 300 (daftar kelas blog mula bisnes dan penulisan)

* Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook rahsia khidmat pelanggan - bagaimana kita berurusan dengan pelanggan)

* Bonus beriklan di soho directory 2 tahun (http://sohodirectory.blogspot.com) - pautan tapak iklan usahawan online dan offline, yang dipromosikan oleh lebih 1000 pautan blogger ABDR

* Lebih menarik, bagi yang tiada produk boleh terus daftar sebagai dropship ABDR (Boleh pilih produk makanan, atau makanan sunnah, atau produk islamik)

* Lebih menarik, boleh terus jadi Pengurus Online ABDR apabila telah selesai siapkan blog.

* Tiada yuran berkali-kali, hanya sekali yuran boleh terus mula belajar. Masa belajar sangat fleksibel ikut masa sendiri. Tiada limit masa. Belajar dan terus boleh mula menjana pendapatan melalui blog dan facebook.

Bagi yang sudah sedia untuk bermula, boleh mula daftar hari ini. Kita belajar hasilkan blog kedai online, dan belajar menulis dengan konsisten di blog.


Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Blog Pilihan - Puan Faridah Yusof


Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Google
Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.

TENTANG PENULIS

Teks: Faridah Yusof

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8 adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand (Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.

Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen, kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga. Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi, berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama. Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri saya..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.

InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.

Sumber : http://puanfaridahyusof.blogspot.com/p/kenali-penulis.html

Berkenalan dengan penulis: Faridah Yusof
Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR.


Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Friday, 8 May 2015

Ruang Iklan Untuk Diisi.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR

Kuota 30 pertama sudah penuh. Terima kasih.

Kami bukan 70 slot iklan lagi. (Terhad 100 iklan sahaja)

Khusus kalian mahu promo produk, bisnes, mencari rakan niaga/agen jualan.

ABDR akan bantu promo.

Ebook di atas adalah rujukan wajib.

Harga - RM150
*************
Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online penulisan kreatif
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Tips Kahwin Muda 1

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulilllah.


Tips Kahwin Muda 1.

Belajar melalui pengalaman, pembacaan dan pemerhatian.

Teguran tanda kasih. Pahit tapi kita mampu telan. Kita mahu jadi lebih baik dari semalam. Teguran sepuluh tahun yang lalu, sudah nampak sinarnya sekarang. Sabar. Cahayanya menghangatkan dan membahagiakan.

Ini kisah benar.
Teruskan pembelajaran kita.