Thursday, 28 November 2013

Gambar-Gambar Perjalanan Tanpa Kata.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Koleksi Peribadi

Bsmillah.

Gambar-gambar ini saya ambil semasa perjalanan ke bengkel tempoh hari.  Biarlah gambar sahaja yang berbicara mewakili saya.







Prosedur Lengkap Perkahwinan Bahagian Satu - Negeri Selangor

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google

Bismillah.

Sebelum saya teruskan tulisan saya, semua yang ingin berkahwin tentu tahu kita perlu terlebih dahulu menghadiri kursus pra perkahwinan. Di Selangor, pihak Jabatan Agama Islam Selangor iaitu JAIS juga menyediakan kemudahan kursus ini. 

Tarikh terdekat kursus adalah pada bulan Disember iaitu bermula pada 7hb dan 8hb. Pendaftaran perlu dilakukan secara online. Lawati laman web JAIS di http://ncr.jais.gov.my/.  

Ini adalah salah satu proses yang perlu kita lakukan apabila ingin berkahwin.

PROSEDUR  SEBELUM BERKAHWIN - NEGERI SELANGOR

1. Prosuder harus dimulakan dengan pihak lelaki.

2. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain tetapi telah menetap di Selangor lebih dari empat bulan maka beliau layak mendaftar nikah di negeri Selangor.

3. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain maka beliau harus balik ke negeri asal dan memohon untuk bernikah di luar kariah beliau.  Surat kebenaran akan dikeluarkan dan surat tersebut bolehlah diberikan pada pihak perempuan.

4. Pihak Lelaki yang berasal atau telah menetap di Selangor boleh mengikut langkah ini.

Lelaki

1. Hadir ke kursus pra perkahwinan.

Saya cadangkan hadiri kursus pra perkahwian daripada JAIS. Tapi sekarang swasta pun ada menganjurkan kursus pra perkahwinan .  Bayaran sebanyak lapan puluh ringit diperlukan untuk hadiri kursus ini. Bayaran ini merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, monum petang dan sijil. Kursus yang dijalankan adalah selama dua hari.  Keistemewaannya sijil ini tiada tempoh akhir. 


2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.

Borang untuk ujian ini boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan sahaja dangan bayaran satu ringgit.  Maklumat lanjut mengenai ujian ini boleh dibaca sini. 


3. Isi borang 2A online, cetak dan lampirkan dokumen sokongan.


Borang untuk lelaki dan perempuan tidak sama.  Mohon ambil perhatian.  Sekarang tidak perlu lagi ambil borang di PAID atau JAIS.  Begitu juga dengan borang muat turun.  Borang hanya perlu diisi secara online dan cetak borang tersebut.  Boleh terus ke laman web yang telah saya berikan di atas.

Ini laman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bagi JAIS. Daftarkan dulu diri kita di ruangan dan isi semua maklumat yang diperlukan kemudian daftar.  'Login' dan pilih 'Perkahwinan' kemudian pilih borang 2A dan isi. Setelah selesai mengisi, cetaklah borang tersebut.  Selepas dicetak mohon jangan tandatangan dulu ya.  Pengesahan perlu dibuat, dalam borang ada diterangkan siapa yang boleh sahkan. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :

Dokumen yang diperlukan :

1. Salinan kad pengenalan/passport. (Jika pemohon warganegara asing)

2. Salinan kad pengenalan dua orang saksi/passport. (Jika saksi warganegara asing)
3. Salinan sijil Kursus Pra Perkahwinan. (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
4. Keputusan Ujian Saringan HIV.
5. Salinan Borang Permohonan 3A atau 3B (Jika pemohon nikah luar daerah/negeri)
6. Surat pengesahan Mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduktaman perumahan.
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).
7. Surat atau kad perakuan Islam dan salinannya. ( jika pemohon saudara baru)
8. Surat Kelulusan dari KAGAT/PDRM. (Jika pemohon anggota tentera/polis)
9. Surat Kebenaran Berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imegresen.(Jika pemohon warganegara asing)


4. Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Kariah.

Mohon berjumpa dengan Pendaftar di JAIS atau PAID.  Pihak lelaki hendaklah membawa dua orang saksi yang mengenalinya semasa berjumpa PPN untuk membuat pengesahan. Semasa inilah, baru pemohon dan dua orang saksi akan menandatangani borang permohonan nikah di hadapan PPN. Jika kita mengalami kesukaran membuat temujanji dengan PPN kariah, masih boleh berjumpa dengan Pendaftar di JAIS atau PAID.
5. Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID.
PAID adalah singkatan untuk Pejabat Agama Islam Daerah.  Selepas selesai, pihak lelaki perlu pergi ke PAID mengikut  daerah di mana kita ingin bernikah, contohnya daerah Kajang.   Mohon membawa sekali permohonan berkahwin yang telah disahkan dan diluluskan oleh PPN. Pegawai di PAID akan semak mengikut senarai semak yang disertakan.  Apabila selesai, bayaran sebanyak sepuluh ringgit diperlukan dan pihak PAID akan memberi surat kebenaran untuk berkahwin. 



6. Serahkan surat kebenaran kepada pihak perempuan.

Kita perlu menyerahkan surat kebenaran berkahwin yang telah diluluskan oleh PPN dan surat kebenaran berkahwin yang dikeluarkan oleh PAID kepada pihak perempuan.
U/P - Pihak perempuan perlu menunggu borang kebenaran berkahwin dari pihak lelaki dahulu barulah pihak perempuan  boleh mendaftarkan borangnya.   Prosuder bagi pihak perempuan lebih kurang sama dengan pihak lelaki.  Perbezaaannya pihak perempuan perlu mengisi dua borang.
Selesai dahulu proses untuk pihak lelaki, inshaaAllah saya sambung esok untuk pihak perempuan.

Rujukan : JAIS

 













Wednesday, 27 November 2013

Undang-Undang

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto: Carian Google


Bismillah.

Baca atau dengar perkataan undang-undang, sebahagian kita sudah berasa gerun.  Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, undang-undang memberi maksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan dalam sesebuah negara demokrasi.

Usah ambil mudah apabila menyentuh tentang undang-undang. Kita perlu mengetahui perihal undang-undang apabila kita ingin berkahwin. Proses mendaftarkan perkahwinan juga salah satu proses yang melibatkan undang-undang. Perlu juga tahu bagaimana cara mendaftarkan perkahwinan kerana lain negeri lain caranya.

Jika di negeri Selangor, eloklah cuba ketahui di http://ncr.jais.gov.my/. Banyak maklumat yang boleh kita perolehi di laman web ini. Pendaftaran sekarang perlu dibuat secara online.

InshaaAllah. Saya akan tunjukkan satu persatu proses yang perlu dilalui bakal pengantin esok.


Tuesday, 26 November 2013

Bengkel Asas Penulisan dan Belasah Karya - 23hb November 2013

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Puan Monalita Mansor


 Bismillah.

Pengalaman yang sangat berharga.  Inilah pendapat saya setelah menghadiri Bengkel Asas Penulisan dan Belasah Karya pada hari sabtu yang lalu.  Bengkel ini dianjurkan oleh pihak Group Mari Menulis atau lebih dikenali dengan GMM.  Bengkel ini juga mendapat kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Pekan Sri Manja.  Group Mari Menulis adalah group online. 

Mengenali GMM memberi semangat dalam diri saya untuk menunaikan impian dan mencapai cita-cita saya selama ini.  Seperti saya telah melangkah ke alam baru apabila mengenali para admin dan rakan-rakan  di group GMM.  Dengan pendekatan membelasah karya yang ditampal para ahli, admin di GMM membimbing dan memberi ilmu.  Belasah dalam GMM ertinya adalah bedah, belajar dan asah.  Bukan belasah ala-ala samseng ya.

Walaupun saya masih belum menghantar karya di GMM, saya sangat diterima di GMM.  Senang cerita, orang baru seperti saya tidaklah malu-malu kucing.  Sempat jugalah saya belasah karya ahli yang lain.  Rupa-rupanya banyak lagi yang saya belum ketahui untuk berkarya.  Jangan terkejut, saya juga menerima tugasan untuk disiapkan.  Seolah- olah saya berada di universiti pula.

Masih terbayang-bayang suasana santai bengkel tempoh hari.  Pertemuan pertama ahli GMM dengan sebahagian admin GMM memberi pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula dengan kehadiran para panel yang dijemput khas.  Sekalung tahniah dari saya buat para admin GMM yang mengelolakan bengkel. 

Ingin ketahui lebih lanjut tentang GMM boleh lihat di sini.

Cerita lebih lengkap tentang bengkel boleh dibaca di sini.




   


Tuesday, 12 November 2013

Hilang Fokus

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Pernahkah tuan dan puan hilang fokus ?  Apakah yang akan terjadi apabila kita hilang fokus ?  Tentu kita akan berada pada tahap yang sama walaupun setelah lima tahun berlalu.  Fokus pada matlamat yang telah kita tetapkan.  Samada pada keluarga, pekerjaan atau perniagaan.

Saya sendiri melalui pengalaman ini.  Apa yang saya lakukan adalah kembali mengadu pada yang Maha Esa dan membaca kembali matlamat yang telah saya tetapkan. Saya juga dapatkan sokongan dari suami serta rakan-rakan di dalam Akademi Bekerja Dari Rumah.  Selain itu, saya juga membaca tulisan dan kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.  

Antaranya Datuk Dr Maznah Hamid, Prof Dr Muhaya dan ramai lagi.  Di bawah ini adalah tulisan dari Datuk Dr Maznah Hamid yang baru sahaja saya baca di facebook beliau.


MARI BETULKAN FOKUS KITA

Fokus adalah sangat penting dalam produktiviti dan hanya akan berguna jika kita fokus pada hal yang benar dan bermanfaat. 

Tetapi ramai juga yang fokus pada hal salah, tidak bermanfaat, atau tidak diperlukan. Padahal masih banyak peluang tetapi sering kali kita hanya fokus pada satu hal dan melupakan hal lainnya.

Ramai yang melihat dunia ini penuh dengan kesulitan, hanya diisi oleh hal-hal yang membuat kita kurang senang, sedih dan kecewa. 

Mengapa sedemikian?

1) Ramai yang tidak mahu bisnis kerana tiada wang. Benar? Mungkin benar dia tidak memiliki wang yang diperlukan untuk menjalankan bisnis. Namun dia melupakan bahawa dia sebenarnya memiliki aset lain yang boleh dijadikan untuk modal bisnis. Dia mempunyai personaliti, ilmu,kenalan, pengalaman, dan sebagainya. Dia terhenti hanya kerana fokus pada masalah wang saja.

2) Contoh yang kedua adalah seringkali orang fokus pada kelemahan diri atau kekurangannya. Sehingga membuatnya merasa rendah diri dengan kelemahan atau kekurangan itu. Dalam fikirannya hanya ada tentang kekurangan tersebut dan berusaha untuk menutupinya atau selalu dijadikannya sebagai alasan. Padahal, saya yakin setiap orang punya kemampuan dan kelebihan yang belum dikeluarkan. Jangan rendah diri dengan kekurangan, dan jangan pula sombong dengan kelebihan.

3) Ada juga orang yang ketakutan akan penipuan dari berbagai peluang bisnis. Yang dia fikirkan hanya takut tertipu. Dia takut kehilangan wang untuk membeli buku-buku atau mengikuti seminar bisnis. Tapi dia melupakan peluang besar bertambahnya ilmu dan meraih keuntungan besar dari peluang tersebut. Bukalah mata, bahawa tidak semua orang melakukan penipuan.

4) Ada juga orang yang terhenti kerana tidak yakin. Dia hanya fokus bahawa dia tidak yakin tanpa memikirkan peluang bahawa dia akan berjaya suatu hari nanti jika dia mahu belajar dan mencuba. Dia hanya memikirkan ketidakmampuannya sementara melupakan bahawa ada proses belajar, berlatih, dan mencuba. Dia sering mengatakan, saya tidak boleh, saya tidak sanggup, saya tidak berbakat, dan sebagainya. Dia hanya fokus pada ketidakmampuan dirinya. Bukalah fikiran, bahawa anda boleh belajar.

5) Ada orang yang sibuk mencari peluang, namun setiap ada peluang dia tolak. Alasannya? Kerana peluang tersebut ada di luar zon keselesaannya. Dia hanya fokus pada zon selesa, hanya mahu membuka diri pada peluang yang boleh dilakukan. Saya sendiri pernah mengalaminya dan saya menyesal, sebab setelah saya memberanikan diri, ternyata banyak hal baru yang saya dapat selain keuntungan kewangan semata.

6) Ramai juga yang fokus pada kesalahan kecil orang lain dan melupakan kebaikan yang sebenarnya jauh lebih besar. Yang lebih parah lagi, kesalahan yang dimaksudkan hanya baru persepsi saja, belum tentu benar-benar salah. Atau hanya membaca melalui media tentang “kesalahan” salah seorang dari sebuah agensi, kemudian agensi tersebut dicop bersalah! Umpamanya, kita selalu membesarkan kesalahan pasangan hidup kita, padahal kebaikan pasang hidup kita jauh lebih besar lagi.

Rakanku, jika kita hidup dengan cara pandangan yang sempit, kita akan kehilangan banyak peluang, kehilangan kebaikan, dan berbagai kehilangan serta menghambat diri kita untuk berkembang. Berfikiran sempit sama saja dengan menyempitkan pintu rezeki dan pintu kebaikan lainnya.

Buka mata, buka hati dan buka fikiranmu!


*****

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya, mohon dapatkan maklumat lanjut di Belajar Asas Blog

Ingin dapatkan ebook/buku/CD Quran: Kedai Buku Saniah

Ingin mengamalkan pemakanan sunnah: Kedai Makanan Saniah

Punyai produk dan bisnes samada online atau offline boleh iklankan di Soho Directory

Mohon hubungi saya di
1.  Emel saya di saniah.matsanat@gmail.com
2.  PM saya di Saniah Mat Sanat

Monday, 11 November 2013

Sate Kajang

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Sate adalah satu menu makanan yang tidak perlu saya kenalkan lagi.  Bandar Kajang memang di kenali di serata Malaysia.  Sebut saja Sate Kajang, semua sudah tahu di mana ingin mendapatkannya.  Jemputlah datang ya...

HEBAHAN AWAM - oleh Majlis Perbandaran Kajang 

Sukacita ingin menjemput semua untuk bersama sama menjayakan KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG 2013

Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2013 akan di adakan pada:- 
Tarikh : 19-22 Disember 2013
Tempat : Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Kajang
Masa : 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Pelbagai Acara menarik menanti anda sepanjang empat hari Karnival ini diadakan.

Antaranya adalah Gerai Pameran Agensi Kerajaan, Gerai Jualan dan Pameran serta acara-acara sampingan seperti Jamborie Basikal, Ceramah Perdana, Aerobic Endurance, Autoshow, Joy Ride (Helicopter), Infitable Games, Konsert Artis Tanah Air,Festival Keroncong, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Futsal, Pertandingan Memancing dan lain-lain acara yang menarik.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi
En. Hariry- (019-2613387)
En. Sufi -(017-2529659)
En. Haizan (016-6093054)


Rujukan : Facebook Komuniti Bandar Baru Bangi

Friday, 8 November 2013

Bisnes Dari Rumah

Teks : Saniah Mat Sanat

Sumber : Puan Masayu Ahmad dan Puan Aishah Hussein


Bismillah.

Alhamdulillah, hari Jumaat yang penuh rahmat. Pelbagai jenis bisnes yang boleh kita jalankan dari rumah.  Mencari jenis bisnes yang serasi dan mengikut minat kita sebagai suri memerlukan panduan juga.  Walaupun sebenarnya ia semudah mengeja a,b dan c apabila kekurangan panduan ibarat kita berjalan tanpa lampu suluh yang memandu kita dalam kegelapan.

Salah satu bisnes paling dekat di hati suri tentulah bisnes makanan.  Apakah jenis bisnes yang biasanya suri boleh buat di rumah ?  Boleh baca dan hadamkan EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES.  Sebahagian dari kita tentu sudah bermula, namun apa salahnya kita lihat kembali apa yang telah kita lakukan.



Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ramai suri rumah yang masih tidak tahu dan tidak pandai membina blog ataupun fanpage.

Dengan niat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dari rumah melalui blog, kini
pendaftaran masih dibuka untuk 2 kelas di bawah:
1.  Kelas Asas blog dan penulisan - Belajar menulis blog yang disukai pembaca.
2.  Kelas Asas Blog dan Fanpage - Khusus buat surirumah yang mahu bermula, kita ajarkan permulaan asas, sebelum kalin boleh berlari dan menyertai lain-lain seminar yang hebat di luar sana. 

Kami menyediakan trek pemula. Jika tidak ada produk, kami sediakan produk.
1. Produk fizikal, produk sunnah, buku
2. Produk digital-ebook
3. Agen periklanan
4. Produk runcit dan borong


Kami kini di akademi bekerja di rumah, menerima pendaftaran hampir setiap hari. Uniknya kelas ini adalah fleksibel, secara online, pendaftaran juga online. Alhamdulillah atas rezeki ini yang kami kongsi bersama.

Mengapa perlu ada blog
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.  Ini adalah pendapatan pasif.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.

 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Bagaimana kelas diadakan?
-Kelas adalah secara online
- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.



Berminat?
pm saya di 
Saniah Mat Sanat
saniah.matsanat@gmail.com


Dua Kelas dibuka sekarang:
1. Kelas asas blog dan penulisan (bagi yang ingin berkongsi kepakaran), atau
2. Kelas asas blog dan fan page (bagi yang mahu mula bisnes)