Thursday 28 November 2013

Prosedur Lengkap Perkahwinan Bahagian Satu - Negeri Selangor

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google

Bismillah.

Sebelum saya teruskan tulisan saya, semua yang ingin berkahwin tentu tahu kita perlu terlebih dahulu menghadiri kursus pra perkahwinan. Di Selangor, pihak Jabatan Agama Islam Selangor iaitu JAIS juga menyediakan kemudahan kursus ini. 

Tarikh terdekat kursus adalah pada bulan Disember iaitu bermula pada 7hb dan 8hb. Pendaftaran perlu dilakukan secara online. Lawati laman web JAIS di http://ncr.jais.gov.my/.  

Ini adalah salah satu proses yang perlu kita lakukan apabila ingin berkahwin.

PROSEDUR  SEBELUM BERKAHWIN - NEGERI SELANGOR

1. Prosuder harus dimulakan dengan pihak lelaki.

2. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain tetapi telah menetap di Selangor lebih dari empat bulan maka beliau layak mendaftar nikah di negeri Selangor.

3. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain maka beliau harus balik ke negeri asal dan memohon untuk bernikah di luar kariah beliau.  Surat kebenaran akan dikeluarkan dan surat tersebut bolehlah diberikan pada pihak perempuan.

4. Pihak Lelaki yang berasal atau telah menetap di Selangor boleh mengikut langkah ini.

Lelaki

1. Hadir ke kursus pra perkahwinan.

Saya cadangkan hadiri kursus pra perkahwian daripada JAIS. Tapi sekarang swasta pun ada menganjurkan kursus pra perkahwinan .  Bayaran sebanyak lapan puluh ringit diperlukan untuk hadiri kursus ini. Bayaran ini merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, monum petang dan sijil. Kursus yang dijalankan adalah selama dua hari.  Keistemewaannya sijil ini tiada tempoh akhir. 


2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.

Borang untuk ujian ini boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan sahaja dangan bayaran satu ringgit.  Maklumat lanjut mengenai ujian ini boleh dibaca sini


3. Isi borang 2A online, cetak dan lampirkan dokumen sokongan.


Borang untuk lelaki dan perempuan tidak sama.  Mohon ambil perhatian.  Sekarang tidak perlu lagi ambil borang di PAID atau JAIS.  Begitu juga dengan borang muat turun.  Borang hanya perlu diisi secara online dan cetak borang tersebut.  Boleh terus ke laman web yang telah saya berikan di atas.

Ini laman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bagi JAIS. Daftarkan dulu diri kita di ruangan dan isi semua maklumat yang diperlukan kemudian daftar.  'Login' dan pilih 'Perkahwinan' kemudian pilih borang 2A dan isi. Setelah selesai mengisi, cetaklah borang tersebut.  Selepas dicetak mohon jangan tandatangan dulu ya.  Pengesahan perlu dibuat, dalam borang ada diterangkan siapa yang boleh sahkan. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :

Dokumen yang diperlukan :

1. Salinan kad pengenalan/passport. (Jika pemohon warganegara asing)

2. Salinan kad pengenalan dua orang saksi/passport. (Jika saksi warganegara asing)
3. Salinan sijil Kursus Pra Perkahwinan. (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
4. Keputusan Ujian Saringan HIV.
5. Salinan Borang Permohonan 3A atau 3B (Jika pemohon nikah luar daerah/negeri)
6. Surat pengesahan Mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduktaman perumahan.
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).
7. Surat atau kad perakuan Islam dan salinannya. ( jika pemohon saudara baru)
8. Surat Kelulusan dari KAGAT/PDRM. (Jika pemohon anggota tentera/polis)
9. Surat Kebenaran Berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imegresen.(Jika pemohon warganegara asing)


4. Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Kariah.

Mohon berjumpa dengan Pendaftar di JAIS atau PAID.  Pihak lelaki hendaklah membawa dua orang saksi yang mengenalinya semasa berjumpa PPN untuk membuat pengesahan. Semasa inilah, baru pemohon dan dua orang saksi akan menandatangani borang permohonan nikah di hadapan PPN. Jika kita mengalami kesukaran membuat temujanji dengan PPN kariah, masih boleh berjumpa dengan Pendaftar di JAIS atau PAID.
5. Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID.
PAID adalah singkatan untuk Pejabat Agama Islam Daerah.  Selepas selesai, pihak lelaki perlu pergi ke PAID mengikut  daerah di mana kita ingin bernikah, contohnya daerah Kajang.   Mohon membawa sekali permohonan berkahwin yang telah disahkan dan diluluskan oleh PPN. Pegawai di PAID akan semak mengikut senarai semak yang disertakan.  Apabila selesai, bayaran sebanyak sepuluh ringgit diperlukan dan pihak PAID akan memberi surat kebenaran untuk berkahwin. 



6. Serahkan surat kebenaran kepada pihak perempuan.

Kita perlu menyerahkan surat kebenaran berkahwin yang telah diluluskan oleh PPN dan surat kebenaran berkahwin yang dikeluarkan oleh PAID kepada pihak perempuan.
U/P - Pihak perempuan perlu menunggu borang kebenaran berkahwin dari pihak lelaki dahulu barulah pihak perempuan  boleh mendaftarkan borangnya.   Prosuder bagi pihak perempuan lebih kurang sama dengan pihak lelaki.  Perbezaaannya pihak perempuan perlu mengisi dua borang.
Selesai dahulu proses untuk pihak lelaki, inshaaAllah saya sambung esok untuk pihak perempuan.

Rujukan : JAIS

 













No comments:

Post a Comment