Foto : Puan Monalita Mansor
Bismillah.
Pengalaman yang sangat berharga. Inilah pendapat saya setelah menghadiri Bengkel Asas Penulisan dan Belasah Karya pada hari sabtu yang lalu. Bengkel ini dianjurkan oleh pihak Group Mari Menulis atau lebih dikenali dengan GMM. Bengkel ini juga mendapat kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Pekan Sri Manja. Group Mari Menulis adalah group online.
Mengenali GMM memberi semangat dalam diri saya untuk menunaikan impian dan mencapai cita-cita saya selama ini. Seperti saya telah melangkah ke alam baru apabila mengenali para admin dan rakan-rakan di group GMM. Dengan pendekatan membelasah karya yang ditampal para ahli, admin di GMM membimbing dan memberi ilmu. Belasah dalam GMM ertinya adalah bedah, belajar dan asah. Bukan belasah ala-ala samseng ya.
Walaupun saya masih belum menghantar karya di GMM, saya sangat diterima di GMM. Senang cerita, orang baru seperti saya tidaklah malu-malu kucing. Sempat jugalah saya belasah karya ahli yang lain. Rupa-rupanya banyak lagi yang saya belum ketahui untuk berkarya. Jangan terkejut, saya juga menerima tugasan untuk disiapkan. Seolah- olah saya berada di universiti pula.
Masih terbayang-bayang suasana santai bengkel tempoh hari. Pertemuan pertama ahli GMM dengan sebahagian admin GMM memberi pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula dengan kehadiran para panel yang dijemput khas. Sekalung tahniah dari saya buat para admin GMM yang mengelolakan bengkel.
Ingin ketahui lebih lanjut tentang GMM boleh lihat di sini.
Cerita lebih lengkap tentang bengkel boleh dibaca di sini.
No comments:
Post a Comment