Foto : Carian Google
Bismillah.
Pernahkah tuan dan puan hilang fokus ? Apakah yang akan terjadi apabila kita hilang fokus ? Tentu kita akan berada pada tahap yang sama walaupun setelah lima tahun berlalu. Fokus pada matlamat yang telah kita tetapkan. Samada pada keluarga, pekerjaan atau perniagaan.
Saya sendiri melalui pengalaman ini. Apa yang saya lakukan adalah kembali mengadu pada yang Maha Esa dan membaca kembali matlamat yang telah saya tetapkan. Saya juga dapatkan sokongan dari suami serta rakan-rakan di dalam Akademi Bekerja Dari Rumah. Selain itu, saya juga membaca tulisan dan kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.
Antaranya Datuk Dr Maznah Hamid, Prof Dr Muhaya dan ramai lagi. Di bawah ini adalah tulisan dari Datuk Dr Maznah Hamid yang baru sahaja saya baca di facebook beliau.
MARI BETULKAN FOKUS KITA
Fokus adalah sangat penting dalam produktiviti dan hanya akan berguna jika kita fokus pada hal yang benar dan bermanfaat.
Tetapi ramai juga yang fokus pada hal salah, tidak bermanfaat, atau tidak diperlukan. Padahal masih banyak peluang tetapi sering kali kita hanya fokus pada satu hal dan melupakan hal lainnya.
Ramai yang melihat dunia ini penuh dengan kesulitan, hanya diisi oleh hal-hal yang membuat kita kurang senang, sedih dan kecewa.
Mengapa sedemikian?
1) Ramai yang tidak mahu bisnis kerana tiada wang. Benar? Mungkin benar dia tidak memiliki wang yang diperlukan untuk menjalankan bisnis. Namun dia melupakan bahawa dia sebenarnya memiliki aset lain yang boleh dijadikan untuk modal bisnis. Dia mempunyai personaliti, ilmu,kenalan, pengalaman, dan sebagainya. Dia terhenti hanya kerana fokus pada masalah wang saja.
2) Contoh yang kedua adalah seringkali orang fokus pada kelemahan diri atau kekurangannya. Sehingga membuatnya merasa rendah diri dengan kelemahan atau kekurangan itu. Dalam fikirannya hanya ada tentang kekurangan tersebut dan berusaha untuk menutupinya atau selalu dijadikannya sebagai alasan. Padahal, saya yakin setiap orang punya kemampuan dan kelebihan yang belum dikeluarkan. Jangan rendah diri dengan kekurangan, dan jangan pula sombong dengan kelebihan.
3) Ada juga orang yang ketakutan akan penipuan dari berbagai peluang bisnis. Yang dia fikirkan hanya takut tertipu. Dia takut kehilangan wang untuk membeli buku-buku atau mengikuti seminar bisnis. Tapi dia melupakan peluang besar bertambahnya ilmu dan meraih keuntungan besar dari peluang tersebut. Bukalah mata, bahawa tidak semua orang melakukan penipuan.

4) Ada juga orang yang terhenti kerana tidak yakin. Dia hanya fokus bahawa dia tidak yakin tanpa memikirkan peluang bahawa dia akan berjaya suatu hari nanti jika dia mahu belajar dan mencuba. Dia hanya memikirkan ketidakmampuannya sementara melupakan bahawa ada proses belajar, berlatih, dan mencuba. Dia sering mengatakan, saya tidak boleh, saya tidak sanggup, saya tidak berbakat, dan sebagainya. Dia hanya fokus pada ketidakmampuan dirinya. Bukalah fikiran, bahawa anda boleh belajar.
5) Ada orang yang sibuk mencari peluang, namun setiap ada peluang dia tolak. Alasannya? Kerana peluang tersebut ada di luar zon keselesaannya. Dia hanya fokus pada zon selesa, hanya mahu membuka diri pada peluang yang boleh dilakukan. Saya sendiri pernah mengalaminya dan saya menyesal, sebab setelah saya memberanikan diri, ternyata banyak hal baru yang saya dapat selain keuntungan kewangan semata.
6) Ramai juga yang fokus pada kesalahan kecil orang lain dan melupakan kebaikan yang sebenarnya jauh lebih besar. Yang lebih parah lagi, kesalahan yang dimaksudkan hanya baru persepsi saja, belum tentu benar-benar salah. Atau hanya membaca melalui media tentang “kesalahan” salah seorang dari sebuah agensi, kemudian agensi tersebut dicop bersalah! Umpamanya, kita selalu membesarkan kesalahan pasangan hidup kita, padahal kebaikan pasang hidup kita jauh lebih besar lagi.
Rakanku, jika kita hidup dengan cara pandangan yang sempit, kita akan kehilangan banyak peluang, kehilangan kebaikan, dan berbagai kehilangan serta menghambat diri kita untuk berkembang. Berfikiran sempit sama saja dengan menyempitkan pintu rezeki dan pintu kebaikan lainnya.
Buka mata, buka hati dan buka fikiranmu!

Rujukan : Datuk Dr Maznah Hamid
*****
Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya, mohon dapatkan maklumat lanjut di Belajar Asas Blog
Ingin dapatkan ebook/buku/CD Quran: Kedai Buku Saniah
Ingin mengamalkan pemakanan sunnah: Kedai Makanan Saniah
Punyai produk dan bisnes samada online atau offline boleh iklankan di Soho Directory
Mohon hubungi saya di
1. Emel saya di saniah.matsanat@gmail.com
2. PM saya di Saniah Mat Sanat
No comments:
Post a Comment