Friday, 30 October 2015

Kuasa Fokus.

Sumber : ABDR

KUASA FOKUS.

Sangat biasa, bagi surirumah dan suri bekerjaya akan teruja dan memulakan hampir apa sahaja yang dia rasa, nampak ok ini lumayan, ini bagus.

Itulah sebabnya sangat penting analisa awal, untuk kenalpasti apa fokus kita dan apa bidang yang kita pilih, yang kita minat. Ia lebih bertahan lama berbanding memilih atas sebab ikutan.

Pendaftaran ke kelas online blog mula bisnes ABDR masih dibuka. Daftar dan  mula berjualan mana-mana produk dropship abdr

1. makanan sunnah
2. buku bacaan
3. telekung solat
4. produk islamik

Pilih mana - mana pakej kelas asas blog dan mula bisnes.

YURAN 3 - RM200 (kelas asas blog penulisan ATAU kelas asas blog bisnes fanpage)
Bonus 4 ebook (ebook blog, super wahm supermom, mula bisnes butik online, 101 idea home based bisnes)

YURAN 4 - RM250 (kelas blog bisnes ATAU penulisan) serta layak menjadi RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE ABDR. 
Bonus 6 EBOOK (asas blog, super wahm supermom, mula bisnes butik online, 101 idea home based bisnes, yeay mama sudah resign, 10 langkah mudah bina kedai online Edisi 1.

YURAN RM300 - KELAS BLOG BISNES DAN PENULISAN SERENTAK serta layak menjadi RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE ABDR.
Bonus 10 EBOOK - asas blog, mula bisnes butik online, 101 idea home based bisnes, panduan berpantang, resipi pantang, super wahm supermom, rahsia khidmt pelanggan, yeay mama sudah resign,  10 langkah bina kedai online Edisi 1, panduan rakan niaga  - belum terbit)

Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook.

Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan.

Nota toturial bergambar lengkap disediakan.

Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan wahm.

Masih boleh ikuti toturial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.

Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE.

Thursday, 29 October 2015

Etika Dalam Penulisan.

Teks : Sumber : Puan Masayu Ahmad.

Lintas langsung dari kelas blog ABDR

Etika dalam penulisan.

Di kelas ABDR kami sangat menekankan etika penulisan, yang asli dan original.

Letak sumber dari mana kita ambil bahan tersebut jika dari perkongsian orang lain.

Jangan main cedok sahaja.
.
Etika menulis. (Pn Masayu Ahmad)

1. Kita mahu menulis tetapi tidak ada idea. Mulalah dari diari harian dan kisah pengalaman diri sendiri dahulu.

2. Kita mahu berkongsi dan mahu memberi inspirasi. Banyak idea dan penulisan orang lain lalu kita teruja copy dan tekan butang share. Pastikan ada sumber asal penulis tersebut.

3. Kita baca dan ambil semula poin kisah inspirasi tersebut, kemudian buat olahan baru menggunakan ayat sendiri. Inilah dinamakan tulis semula dan berikan idea segar yang baru.

4. Keterujaan utama apabila di facebook melintas kisah atau ayat ayat menginspirasikan. Kita copy, paste dan kongsi semula di status tanpa meletak sumber asal. Ini tidak beretika langsung.

Sumber : Kelas asas blog dan penulisan.
.
Belajar lebih lanjut dalam kelas online blog ABDR.

Thursday, 22 October 2015

Ulasan Kelas Asas Blog - Puan Rosilawati Wahid.

Sumber : http://rosilawatiwahid.blogspot.my/2015/10/ulasan-kelas-blog-bisnes-penulisan.html

Saya tidak menunggu lama untuk membuat keputusan. Terus mendaftar untuk menyertai akademi bekerja dari rumah bermula April 2015. Sejurus mendaftar saya menerima pautan untuk lima buah ebook. Saya juga diserap masuk ke dalam kumpulan akademi bekerja dari rumah kelolaan cikgu Anys.

Di dalam komuniti akademi bekerja dari rumah saya diajar cara menulis blog dengan betul. Panduan langkah-demi-langkah bergambar disediakan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang baru hendak belajar membina blog sendiri. Saya juga diberikan soalan analisa untuk dijawab dan dari situ akan menentukan minat dan kecenderungan kita.

Blog saya lebih menjurus kepada minat dalam seni jahitan dan ianya membuatkan saya lebih fokus kepada tajuk yang diberi. Tidak macam sebelum ini menulis blog caca-marba. Berpandukan soalan kaji selidik yang dijawab juga, kita akan tahu kekuatan blog kita di mana. Jadi segala penulisan atau perkongsian akan menjurus ke arah topik yang diberi oleh pengurus online.

Memandangkan saya bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak yang masih kecil, masa saya agak terhad. Saya juga agak sukar untuk menghadiri kelas yang diadakan secara offline. Akademi bekerja dari rumah ini sangat sesuai untuk situasi saya.

Kelas akademi bekerja dari rumah ini kerana ianya sangat fleksibel. Semuanya dilakukan secara online. Tugasan akan diberikan dan berapa pantas anda hendak menyiapkan tugasan yang diberi anda tentukan sendiri. Tiada paksaan, segalanya anda yang tentukan. Segala kekeliruan yang timbul sepanjang kelas berlangsung akan ada sokongan. Hanya perlu menghantar soalan melalui pesanan di facebook dan segalanya akan dijawab oleh cikgu Anys.

Walaupun baru enam bulan selepas penjenamaan semula blog, ianya sudah pun menampakkan hasil. Blog saya sudah mula dijejaki. Tajuk utama blog adalah tutorial jahitan dan dalam masa yang sama berkongsi catatan harian dan juga catatan pengalaman sebagai panduan.

Semoga sedikit ulasan saya ini dapat membuka ruang dan peluang untuk lebih ramai lagi suri yang akan atau telah berhenti kerja dan ingin bekerja dari rumah mencipta kejayaan sendiri dengan sokongan komuniti akademi bekerja dari rumah ini.

Wednesday, 21 October 2015

Anakku.

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum.

Kisah saya. Semasa lahirkan anak kembar, anak sulung berusia 3 tahun.  Dialah yang banyak bantu jaga adik kembarnya apabila ayahnya pergi kerja.

Dari anak yang selalu bermanja dengan saya, dia jadi amat berdikari. Sehingga sekarang, dia masih begitu. Sarapan, mengemas, membasuh dan memasak dia sudah boleh lakukan. Dia juga sangat melindungi adik-adiknya, sehingga mereka berdua merungut. Dan masih menerima tanggungjawab jaga sepupunya yang kecil-kecil bila pulang ke kampung sebab mak-mak saudara percayakannya.

Jadi, jangan risau nak beri tugas atau tanggungjawab pada anak-anak. Ia jadikan anak-anak matang.

Monday, 19 October 2015

Hadiah.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Setelah berkahwin, setiap tahun saya menerima hadiah hari lahir dari tuan suami. Sebenarnya, saya dibiasakan dari kecil untuk tidak menyambut hari kelahiran. Cukup dengan ucapan dan iringan doa dari mak dan abah pada hari ulangtahun.

Setiap kali ulangtahun saya, tuan suami berikan hadiah mengikut keperluan dan keadaan kewangan kami.  Antara hadiahnya jam tangan, beg tangan, sepasang baju atau buku.

Ada masanya, kami menyambutnya dengan makan di restoran saja. Ataupun saya memasak di rumah. Tentulah hidangan istimewa. Adakalanya, sekadar ucapan dan doa darinya.

Pada saya, hadiah tidak penting tetapi ingatan dari tersayang yang paling dihargai.

Sunday, 18 October 2015

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Ulasan tentang Kelas Asas Blog

Teks: azrinbadrinas
Guru bimbingan: Aishah Hussein 

Assalammualaikum pengunjung blog RIS

Hampir 4 bulan tiada internet di rumah disebabkan tertinggal mobile wifi di sebuah hotel di Ipoh hujung tahun 2014, nak tak nak terpaksa juga mencari talian internet lain. Anak-anak pun dah mula dengan folio, perlu mencari maklumat untuk assignment mereka. Pada hari ini internet bukan lagi satu kehendak tapi dah menjadi keperluan setiap rumah.

Alhamdulillah sampai juga saya ke entri yang ke-44. Saya bermula pada Julai 2014, sekarang dah hampir setahun usia Blog Rahsia Idaman Suri ini. Walaupun ini bukanlah blog saya yang pertama, tetapi ini adalah blog saya yang konsisten sehingga boleh mencapai penulisan saya yang ke 44. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan Kak Aishah sebagai guru saya dalam Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Tunjuk ajar dan teguran dari guru saya kak Aishah mematangkan lagi blog RIS saya ini.Menulis blog berguru memang ada bezanya. Menulis dengan lebih yakin dan mudah dengan berpandukan bimbingan yang telah disediakan untuk kelas penulisan asas blog ini. Mungkin lepas ini saya akan mula dengan kelas blog bisnes pula.

Lagi sekali terima kasih kepada kak Aishah dan guru-guru ABDR yang lain di atas sumbangan dalam menjayakan blog RIS saya ini. Jasa  kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Kenapa Blog.

Teks : ABDR
Foto : ABDR

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami adakan kelas blog.
Baik terus buat website dotcom, dotmy dan banyak lagi yang lebih canggih.
.
Kelas ini kami adakan khas untuk suri rumah yang baru hendak mula bisnes.
Modal masih belum cukup untuk labur dan beli domain. Jadi adalah lebih mudah bagi mereka mula dengan apa yang ada.

Kita ada platform yang diberikan percuma, blogspot dan fanpage. Gunakan sebaiknya. Bila sudah ada untung lebih, boleh laburkan untuk buat website berbayar yang lengkap dengan shopping cart.
.
Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul.

Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat. Blog juga adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar bila-bila masa, apabila sudah sedia