Sunday, 18 October 2015

Kenapa Blog.

Teks : ABDR
Foto : ABDR

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami adakan kelas blog.
Baik terus buat website dotcom, dotmy dan banyak lagi yang lebih canggih.
.
Kelas ini kami adakan khas untuk suri rumah yang baru hendak mula bisnes.
Modal masih belum cukup untuk labur dan beli domain. Jadi adalah lebih mudah bagi mereka mula dengan apa yang ada.

Kita ada platform yang diberikan percuma, blogspot dan fanpage. Gunakan sebaiknya. Bila sudah ada untung lebih, boleh laburkan untuk buat website berbayar yang lengkap dengan shopping cart.
.
Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul.

Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat. Blog juga adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar bila-bila masa, apabila sudah sedia