Monday, 19 October 2015

Hadiah.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Setelah berkahwin, setiap tahun saya menerima hadiah hari lahir dari tuan suami. Sebenarnya, saya dibiasakan dari kecil untuk tidak menyambut hari kelahiran. Cukup dengan ucapan dan iringan doa dari mak dan abah pada hari ulangtahun.

Setiap kali ulangtahun saya, tuan suami berikan hadiah mengikut keperluan dan keadaan kewangan kami.  Antara hadiahnya jam tangan, beg tangan, sepasang baju atau buku.

Ada masanya, kami menyambutnya dengan makan di restoran saja. Ataupun saya memasak di rumah. Tentulah hidangan istimewa. Adakalanya, sekadar ucapan dan doa darinya.

Pada saya, hadiah tidak penting tetapi ingatan dari tersayang yang paling dihargai.