Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Assalamualaikum.
Kisah saya. Semasa lahirkan anak kembar, anak sulung berusia 3 tahun. Dialah yang banyak bantu jaga adik kembarnya apabila ayahnya pergi kerja.
Dari anak yang selalu bermanja dengan saya, dia jadi amat berdikari. Sehingga sekarang, dia masih begitu. Sarapan, mengemas, membasuh dan memasak dia sudah boleh lakukan. Dia juga sangat melindungi adik-adiknya, sehingga mereka berdua merungut. Dan masih menerima tanggungjawab jaga sepupunya yang kecil-kecil bila pulang ke kampung sebab mak-mak saudara percayakannya.
Jadi, jangan risau nak beri tugas atau tanggungjawab pada anak-anak. Ia jadikan anak-anak matang.
No comments:
Post a Comment