Tuesday, 24 November 2015
Cerita Minggu Lalu
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Jumaat yang lalu, saya dan keluarga ke MAEPS, Serdang kerana ada Jualan Buku Akhir Tahun YES 2015. Kami sekeluarga bergerak keluar dari rumah pada pukul lapan setengah pagi. Sebelum itu, kami bersarapan dahulu di kedai makan. Menu pilihan kami kali ini nasi dagang dan nasi kerabu. Minuman pula kami pesan nescafe panas dan milo ais.
Selepas selesai bersarapan, kami bergerak ke MAEPS, Serdang. Sampai di sana masih awal lagi, orang pun belum ramai dan masih ada gerai yang baru sahaja di buka. Saya memang gemar datang awal, maklumlah ketika ini masih tiada orang lagi. Bebas untuk bergerak dan tidak bersesak-sesak. Saya setuju sungguh apabila Pesta Buku 2016 akan diadakan di sini. Selain luas, tempat ini berdekatan sahaja dengan rumah saya.
Selesai memilih dan membeli buku, kami semua pulang pada pukul sebelas setengah pagi. Maklumlah hari jumaat, tuan suami dan Along Zikri perlu ke masjid menunaikan solat jumaat. Sebaik saja sampai di rumah, saya rehat dahulu dan lihat buku-buku yang dibeli. Rojak sungguh kali ini. Ada novel, komik, buku bacaan umum dan pelajaran untuk anak-anak.
Catatan terkini, sudah selesai baca dua buah novel yang dibeli. Novel tulisan, Puan Norhayati Berahim.
Friday, 20 November 2015
Sedekah.
Sumber : Puan Ayu Rashid(Rakan Blogger ABDR)
3 TIPS "BERSEDEKAH" MELALUI BLOG
1. Niat sharing untuk berkongsi kerana Allah.
2. Share perkara yang baik-baik.
3. Hindari sharing berunsur fitnah & gossip.
Jadikan penulisan di blog sebagai sungai pahala yang mengalir deras walaupun saat jari-jemari kita telah pun kaku bila tiba saatnya nanti.
Thursday, 19 November 2015
Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
Ulasan Kelas Penulisan Kreatif ABDR.
Sumber : http://sitizaitonahmad7.blogspot.my/2015/11/ulasan-kelas-blog.html?m=1
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu, saya akhirnya melepasi tugasan demi tugasan. Banyak perkara baru yang saya pelajari seperti memasukkan intri ke dalam blog, lay out, label dan pelbagai lagi. Sebelum ini saya hanya membuat cara saya sendiri tanpa mengikut cara yang betul. Langkah-langkah yang sebelum ini tidak saya ketahui telahpun saya ketahui. Sedikit sebanyak pelajaran itu dapat saya kaut.
Dalam bidang penulisan pula barulah saya memahami istilah-istilah penulisan seperti plot, watak, gaya bahasa dan sebagainya. Saya rasa beruntung dengan sedikit pelaburan, saya dapat menambah ilmu di dada. Malah cikgu sering memberi kata-kata perangsang yang menaikan semangat. Lebih membanggakan apabila salah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan telah terpilih untuk terbitan bersama DBP. Semua itu atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu.
.
Kelas blog penulisan kreatif. Bagi yang berminat untuk belajar menulis cerpen, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.
Untuk mendaftar hubungi email : saniah.matsanat@gmail.com Atau sms/whatapps/telegram : 0192828266
Nasi Lemak Pandan.
Foto : Saniah Mat Sanat
Bismillah. Alhamdulillah.
Pagi kelmarin, saya sediakan nasi lemak pandan. Saya yang teringin mahu makan, walaupun di rumah ini jarang anak-anak dan suami suarakan permintaan. Sarapan semalam ringkas sahaja, roti Gardenia sapu kaya dan hari ini pula, saya siapkan nasi goreng cina.
Peperiksaan SPM masih berjalan, hari ini Along Zikri perlu menjawab soalan subjek bahasa arab, kertas dua. Moga dipermudahkan dan dapat menjawab soalan dengan baik. Aamiin _____________________________________________
Alhamdulillah.
2 tempat sahaja lagi untuk kelas online Ahad ini.
Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 22/11/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran : RM150
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Untuk mendaftar hubungi email : saniah.matsanat@gmail.com Atau sms/whatapps/telegram : 0192828266
Tuesday, 17 November 2015
Tip Penulisan Blog.
Tip penulisan di blog.
Catatan harian, diari bisnes.
Dua label ini sangat berkait rapat dengan apa yang kita usahakan dan mahu disampaikan secara terus kepada pelanggan dan pembaca.
Gunakan sepenuhnya catatan harian ini. Mula buka mata hingga pejam mata, takkanlah satu perenggan pun kita tak mampu tulis.
Tulis dahulu dalam bentuk nota ringkas.
Update facebook, kemudian tulis semula dalam blog.
Belajar lanjut dalam kelas online blog ABDR. Kami buka pendaftaran setiap hari.
Sumber : Guru online ABDR - Puan Anys Idayu Zakaria.
Monday, 16 November 2015
Kelas Online
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR.
Bismillah. Assalamualaikum. Selamat pagi.
Along Zikri sudah ke sekolah. Jadual peperiksaan SPM hari ini ialah subjek matematik kertas 1 dan kertas 2. Semoga permudahkan Along Zikri menjawab soalan-soalan dengan baik. InsyaAllah. Aamiinn.
Alhamdulillah.
2 tempat sahaja lagi untuk kelas online Ahad ini.
Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 22/11/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Untuk mendaftar hubungi
email : saniah.matsanat@gmail.com
Atau sms/whatapps/telegram : 0192828266
Friday, 13 November 2015
Tulisan Jawi.
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Saniah Mat Sanat.
Bismillah. Alhamdulillah.
Hari rabu (11/11/15) yang lalu, Puan Anys Idayu telah 'massage' saya di 'private massage facebook' . Beliau mahu saya 'translate' tulisan rumi kepada tulisan jawi. Sebelum ini pada tahun 2013, beliau juga pernah meminta perkara yang sama. Jadi saya masih dapat menggunakan fail yang sedia ada.
Alhamdulillah, mudah sedikit kerja-kerja terjemahan saya. Tulisan yang mahu ditukar juga sedikit sahaja. Selain menyemak ejaan dan memasukkan logo yang diberikan. Kali ini tugasan saya dibantu Along Zikri dan tuan suami.
Apabila melihat tulisan jawi, saya pasti teringatkan ustaz yang mengajar saya membaca dan menulis tulisan ini. Terimbas kembali, bagaimana beliau mengajar dengan bersungguh-sungguh walaupun beliau guru sandaran.
Saya diminta memotong artikel pendek di suratkhabar dan tampalkannya di buku latihan. Kemudian saya diminta menulisnya kembali di dalam tulisan jawi. Secara tidak langsung, saya dilatih membaca dan menulis tulisan jawi serentak. Latihan yang diberikan setiap hari. Selepas, ustaz berpuas hati dengan kelancaran membaca dan menulis saya, barulah beliau menamatkan latihan tersebut.
Alhamdulillah, kini saya turunkan pula teknik ini kepada anak-anak apabila mengajar subjek bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab. Terima kasih, ustaz.

