Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Setiap orang punya kelebihan serta kekurangan. Dalam perkahwinan, suami dan isteri saling lengkap melengkapi. Apapun, bertolak ansur amat perlu dalam melayari perkahwinan. Maklumlah masing - masing membesar dalam keluarga dan budaya yang berbeza. Seperti ikan di laut, asam di darat akhirnya bertemu jua.
Ya, semasa berkawan tapi mesra kita tidaklah mengenali sepenuhnya pasangan kita. Seperti cara tidurnya, cara mengemasnya dan lain - lain. Saya ada mendengar satu kuliah di masjid, kata ustaz. Anak kita punya tiga wajah iaitu wajah semasa bersama ibu dan bapa, wajah ketika bersama guru - gurunya dan wajah ketika bersama kawan - kawannya. Begitulah juga dengan pasangan kita. Kita mengenalinya semasa berkawan tapi mesra, semasa di alam pertunangan dan akhir sekali semasa berada di alam perkahwinan.
Saya akui memang berlainan apabila sudah berkahwin dengan sebelum berkahwin. Semasa berkawan tapi mesra sebahagian dari kita hanya memandang sisi baik sahaja. Mengabaikan satu sisi lagi. Kita hanya nampak yang indah - indah sahaja. Mana mahu memandang dan mendengar yang kurang elok kan.
Kita perlu membiasakan diri mendengar dan menerima teguran, andai tidak banyaklah kesulitan yang akan kita alami apabila berada di alam perkahwinan. Terutamanya semasa bersama keluarga mertua. Maklumlah mertua dan ipar duai masih belum mengenali kita seperti mana ahli keluarga kita.
Jadi cuba fahami dahulu keluarga pasangan kita.
Jika kita baru sahaja berkahwin dan menerima teguran baik dari suami, mertua atau ipar duai ambillah sebagai satu cara untuk kita terus membaiki diri. Bukankah teguran tanda sayang. Pada permulaannya memang hati berasa sakit tapi apabila sudah biasa kita jatuh suka pula. Alah bisa, tegal biasa kata orang. In Shaa Allah, kita akan menjadi lebih baik dari diri kita yang dahulu.
Astagfirullah. Wallahu'alam.
Astagfirullah. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment