Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Comel gambar di atas kan. Seminggu tanpa mencatat di sini membuatkan diri serba tidak kena. Rupanya penulisan di blog ini membantu tekanan saya hilang. Walaupun masih merangkak - rangkak, saya gembira menulis.
Sepanjang minggu ini, saya harus menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan anak - anak. Walaupun anak - anak sudah selesai menghadapi peperiksaan UPSR, PSRA dan PMR. Masih terdapat satu lagi peperiksaan akhir tahun yang perlu mereka hadapi. Keperluan keluarga perlu lebih saya utamakan.
Rindu saya mahu menulis dan berjalan - jalan melihat dan membaca blog rakan - rakan dari Akademi Bekerja Dari Rumah.
No comments:
Post a Comment