Teks : Saniah Mat Sanat
Bismillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Salam Ramadhan. InsyaAllah, esok bermulalah satu ramadhan.
Persiapkan diri secara fizikal dan emosi untuk bertemu Ramadhan.
Mohon kemaafan dari saya andai ada yang menyentuh perasaan rakan-rakan.
Moga kita sama-sama mencapai kemenangan Ramadhan kali ini.
Buatlah yang terbaik dan serahkan kepada Allah. Anggaplah ia Ramadhan terakhir buat kita.
Walaupun Ramadhan, tugasan di rumah dan hal-hal yang diamanahkan tetap perlu diteruskan. Usah jadikan ramadhan untuk kita bersantai. Inilah masanya kita menyusun semula rutin harian. Buatlah penuh rasa tanggungjawab kita pada-Nya.
Sepertimana tahun-tahun lalu, saya hanya membuat persediaan yang sederhana untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Pagi tadi, selepas solat subuh, saya dan suami bersama-sama pergi ke pasar borong. Membeli bekalan bahan mentah selama tempoh dua minggu. Inilah rutin hari minggu kami, harganya pun lebih murah berbanding pasar biasa.
Sebelum ramadhan, kami sekeluarga telahpun menetapkan apa yang perlu dilakukan.
1. Menutup televisyen selama dua jam dari pukul tujuh petang hingga sembilan malam. Tujuannya supaya kami sekeluarga dapat menumpukan perhatian untuk bersama solat bejemaah dan membaca al-quran.
2. Melakukan amalan-amalan sunat yang disukai Nabi Muhammad. Antaranya,
a. Solat Tahajjud- kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
b. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dan memahami isi kandungannya.
c. Sentiasa berada di masjid. Terutama di waktu subuh, sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid kerana masjid merupakan pusat keberkatan. Bukan kerana muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang yang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
d. Jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
e. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
f. Jaga Wudhuk. Kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
g. Amalkan istighfar setiap saat. InsyaAllah, dengan istighfar ujian yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Walahu'alam.
Moga kami sekeluarga menjadi mukmin yang lebih baik dari tahun sebelum ini. InsyaAllah, moga dipermudahkannya.
********************
Menuju 1000 blog di Akademi Bekerja di Rumah bulan Ramadhan ini.
Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes--> InsyaAllah, 5 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
No comments:
Post a Comment