Monday, 29 February 2016

Tarikh Istimewa.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamu 'alaikum. Salam ceria. Mulakan dulu dengan niat lillahi taala dan selawat atas nabi kita.

Ya Allah, berikanlah kami perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, perniagaan yang untung dunia akhirat serta berikan rezeki yang melimpah ruah yang Kau redhai dan ianya membantu ramai orang lain! Aamiin.

Alhamdulillah. Hari ini, 29hb Febuari. Tarikh yang kita temui setiap empat tahun sekali. Rutin harian saya masih seperti biasa. Sarapan, saya sediakan roti Gardenia ala-ala roti john. Mudah dan ringkas. Sambil sediakan sarapan, masak juga menu tengahari.

Hari sabtu yang lalu, saya sekeluarga berkunjung ke Karnival Karangkraf. Kali ni hanya beli buku untuk kak ngah dan kak su saja. Sambil jalan-jalan lihat buku, kali ini Along Zikri ada tugasan kelas fotografinya.  Sebenarnya tak rancang pun mahu ke Karangkraf.  Selepas selesai di Karangkraf, kami ke Expo Baby pula di KLCC pula. Along Zikri masih lakukan tugasannya di sini. Saya pula berjumpa salah seorang rakan maya iaitu Puan Marubeni.

Apabila pulang, singgah pula di Bulatan Uniten. Along Zikri beli sotong gergasi. Saya pula beli mee rojak campur sotong dan kuih muih. Sampai di rumah, saya sediakan minum petang.  Hari Ahad, tak ke mana-mana. Rehat sebab keletihan.




No comments:

Post a Comment