Monday 16 September 2013

Semburan

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum.

Bila lihat gambar mesti semua tahu, hari ini saya ingin bercerita mengenai semburan asap ( fogging).  Maklumlah semalam ada semburan asap aedes di kawasan rumah saya.  Apa yang saya ingin ceritakan bukanlah sahaja mengenai semburan asap ini tapi sikap kita yang merasakan apabila semburan
asap tersebut menyelesaikan masalah kes demam denggi yang semakin banyak apabila cuaca sekejap hujan dan sekejap panas sekarang.

Sebenarnya kita semua yang mengundang nyamuk aedes ini, dengan sikap tidak bertanggungjawab kita membuang sampah merata - rata dan menyebabkan air bertakung.  Bukankah air bertakung tempat tinggal nyamuk aedes ini.  Wajarlah kita didik anak -anak tentang kebersihan, contohnya sediakan plastik kecil di dalam kereta untuk kita buang sampah walaupun sehelai tisu.

Saya tidaklah mahu cerita lanjut mengenai demam denggi kerana semua maklum mengenainya.  Boleh layari laman web atau melalui kempen - kempen yang dijalankan oleh kerajaan jika ingin tahu.  Paling penting jagalah kebersihan, bukankah Islam pentingkan kebersihan.

Hadits 
image
Artinya : “Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”
  

No comments:

Post a Comment