Saturday, 5 July 2014

Bekerja Dari Rumah. Guru online - Puan Aishah Hussein


Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulillah.  Ini catatan guru online saya. Moga bermanfaat.  Saya suka.

Catatan guru online:
1. Puan Aishah Hussein
Sumber: http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/bekerja-dari-rumah.html

Sejak 2, 3 hari lalu, ramai juga yang bertanya saya sudah berapa lama berhenti kerja dan berkecimpung di dalam bisnes online.  Saya tidak sedar sebenarnya sudah 5 bulan, atau patut kah saya sebut baru 5 bulan.  Bagi saya sendiri, saya rasa seolah-olah seperti sudah lama.

Kenapa saya kata kan begitu.  Saya tidak rasa seperti saya tidak bekerja, sebenarnya.  Walau saya berada di rumah sama seperti saya masih bekerja.  Yang beza adalah saya lebih bebas untuk menyusun masa saya sendiri dengan bekerja dari rumah.  Tiada istilah bosan walaupun saya berada sepanjang masa di rumah.

Ketika saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, saya tidak tahu apa yang akan saya buat untuk mengisi lapang apabila duduk di rumah nanti.  Apa yang saya boleh lakukan untuk menjana pendapatan untuk membantu suami.

Alhamdulillah, Allah Maha mendengar doa dan rintihan saya.  DIA buka kan jalan bagi saya untuk bertemu dengan pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah di alam maya.  Bermula dengan mendaftar di kelas asas blog secara online, saya juga mula didedahkan dengan ilmu bisnes dropship.  Memang sangat bersesuaian dengan keadaan saya yang baru berhenti kerja dan tidak mempunyai modal untuk mulakan bisnes.  Sambil menyiapkan blog untuk memenuhi kriteria Akademi Bekerja Dari Rumah, saya diberi peluang untuk menjadi pembantu Kelas Asas blog.  Sambil belajar sambil mengajar.   Semuanya secara online.

Akademi ketika itu bermula dengan hanya 10 orang peserta.  Kami saling bekerjasama berbincang tentang tugasan yang diberikan untuk kelas.  Dari situ, latihan mengajar dengan tersendirinya terbentuk pada para peserta.  Walaupun peserta-peserta ini datang dari pelbagai latarbelakang pengalaman dan pekerjaan, mereka dapat bersatu di dalam akademi sebagai suri rumah yang bekerja dari rumah. Ini menjadikan akademi sebagai satu kolam untuk kami berkongsi ilmu dan pendapat.

Kini akademi ini telah mempunyai lebih dari 100 peserta dan sudah ada 7 guru online.  Alhamdulillah, saya kini aktif sebagai salah seorang guru online.  Mengajar peserta secara online, tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini.  Tetapi itu lah yang memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan dari rumah, di samping menjalankan bisnes-bisnes lain.

Sebagai seorang guru online tidak bermaksud saya tidak boleh bergerak ke mana-mana.  Jadual kelas adalah fleksibel.  Peserta hanya berhubung dengan guru melalui message di facebook.  Nota untuk kelas semua diberikan di dalam kelas online.  Peserta hanya perlu baca dan rajin berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan kepada guru.

Mudahnya kelas online begini kerana peserta dengan guru boleh berhubung melalaui online.  Bemaksud, hanya perlu ada kelengkapan gajet, kelas boleh terus bermula.  Gajet tidak perlu yang canggih-manggih.  Gajet wajib adalah talian internet atau broadband dan  laptop atau PC.   Telefon bimbit yang canggih akan memberi kelebihan kepada peserta untuk membuat tugasan walau di mana mereka berada.  Malah ada pelajar saya yang hanya menggunakan telefon sehingga kini untuk membuat tugasan di blog beliau.  Sekali- sekala beliau akan ke perpustakaan awam menggunakan komputer di sana untuk membetulkan layout blog.  Di mana ada usaha di situ ada jalan.

Peserta di dalam kelas saya juga bukan hanya yang berada di Selangor, malah ada peserta yang datang dari Kelantan dan sejauh Sabah.  Jadi jarak bukan penghalang untuk sesiapa sahaja untuk menyertai kelas ini.  Yang penting minat dan semangat dari peserta sendiri.

Kami guru online di akademi sentiasa berbincang dengan pengasas untuk menambaik Akademi Bekerja Dari Rumah.  Moga niat kami untuk menyediakan platform buat suri rumah di luar sana menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing diberkati Allah hendaknya.
-------------

Pendaftaran untuk kelas-kelas di Akademi Bekerja di Rumah dibuka setiap hari. Bergabung bersama kami 780 blog di ABDR.
Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes - 5hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://sohodirectory.blogspot.com/

Sempena ramadhan, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih buka pendaftaran bisnes dropship berikut:

1. Bisnes Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Telekung solat runcit dan borong
4. Bisnes produk islamik

> Stok ada sepanjang tahun
> Tidak perlu simpan stok
> 5 langkah mudah: Daftar, blog jualan, fanpage, ambil komisyen & urus pesanan


Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266