Bismillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Saya kongsikan juga kegembiraan salah seorang pelajar ABDR di sini. Saya suka.
Hasil Pertama Dalam Penulisan
Berkongsi keterujaan Intan Haji Daut, antara pelajar perintis Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif kelas Cikgu Monalita Mansor, melihat cek pertamanya untuk cerpen pertamanya yang berjudul Goyah yang tersiar di majalah Wadah Siswa.
Menulis adalah proses. Intan mendaftar pada tahun lepas, dan beliau bukan penulis. Saya ulangi, Intan Haji Daut bukan penulis. Beliau hanya pembaca novel tegar dan kemudiannya menggunakan panca indera keenamnya dan kesungguhan yang bukan sedikit untuk belajar.
Teks= Intan Daut
Gambar= Koleksi peribadi
Alhamdulillah... hasil pertama dalam penulisan sudah di depan mata. Cuma yang pernah merasa tahu gembiranya macamana... Yang pasti, semangat untuk terus berada dalam bidang ini semakin meningkat. Kepercayaan kepada kemampuan diri sendiri juga mula bercambah.
Terima kasih kepada guru penulisan online saya Puan Monalita Mansor. Walaupun saya tergolong dalam golongan pelajar yang degil dan banyak songeh, berkat kesabaran dan bimbingan beliau, selangkah demi selangkah saya mula berganjak. Sesungguhnya keputusan memasuki Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif (Guru Online Monalita) adalah satu keputusan yang tepat.
Doakan saya dapat melangkah lebih jauh lagi dengan menyiapkan sebuah manuskrip novel (Mahar Cinta Cik Sitam). Dalam perancangan awal, saya akan cuba menyiapkannya sebelum berakhirnya tahun 2014.
****Lagi 13 cerpen, balik la modal beli laptop.****
Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor. Kelas ini bersiaran secara 'online' sepenuhnya dan di bawah seliaan grup Akademi Bekerja dari Rumah atau grup Wahm SOHO
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
No comments:
Post a Comment