Bismillah. Alhamdulillah. Ramadhan semakin hampir berlalu pergi. Saya masih tertanya-tanya, apakah yang saya capai Ramadhan tahun ini. Adakah lebih baik dari tahun sebelum ini atau masih ditakuk lama? Tepuk dada tanyalah hati.
Sebenarnya masih sempat lagi kita mengejar hari-hari terakhir Ramadhan. Kekalkan semangat semasa awal Ramadhan. Tambahkan dan lipat gandakan lagi usaha. Niatkan di hati untuk mendapatkan malam LailatulQadar.
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar:
Kerana mulianya malam "Lailatulqadar", Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amal ibadat yang membawa rahmat.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: " .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) (1), sedang ia beriman (2) dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (3).
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).
1. Seperti membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu.
2. (Sedang ia beriman) yakni sedang ia percaya dengan yakin tentang benarnya keistimewaan malam Lailatulqadar yang mulia itu.
3. Fath Al-Bari (5:159).
Rasulullah s.a.w sendiri yang menjadi "contoh yang baik" telah menghayati - terutama sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan, dengan beriktikaf di masjid(1) - mengerjakan pelbagai jenis amal ibadat, untuk menyambut kedatangan malam "Lailatulqadar" yang mulia itu.
Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam yang akhir, dari bulan Ramadhan". (1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).
"Malam-malam yang ganjil" yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadhan.
Dalam pada itu, ada hadith yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadhan. (2)
Adapun hadith yang menyatakan bahawa malam yang mulia itu pernah ditemui dalam zaman baginda - pada malam 23 Ramadhan. (3)
Adapun hadith yang menyatakan bahawa Baginda pernah menyuruh seorang sahabat bertanya mengenai masa Lailatulqadar, supaya ia bersedia menghayatinya, pada malam 27 Ramadhan. (4)
Dari keterangan hadith-hadith yang tersebut dapat difaham bahawa "Malam Lailatulqadar" itu berpindah-pindah dari satu tahun ke tahun yang lain - dalam lingkungan "Sepuluh malam yang akhir" dari bulan Ramadhan.
Jelasnya masa berlakunya malam Lailatulqadar tetap dirahsiakan supaya setiap orang Islam menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadat, kerana dengan cara itulah sahaja - mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharap-harapkan, yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia dan akhirat.
______________________________
1. Fath al-Bari (5:164).
2. Al-Fath al-Rabbani (10:279).
3. Kitab yang sama (10:281).
4. Kitab yang sama (10:284).
Boleh baca lagi beberapa kelebihan bulan LailatulQadar di laman web http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=10&j=3
------------------------
DROPSHIP ABDR
[KENAPA PERLU MULA BISNES ONLINE SECARA DROPSHIP]
Dropship memang sangat sesuai untuk yang baru mula ingin belajar berbisnes. Tak perlu gah dengan lambakan stok, tapi belajar dulu cara dan kaedah yang betul berurus niaga, berinteraksi dengan pelanggan, cara ambil order, cara transaksi bayaran.
Jadi saya mengalu-alukan mereka yang mahu mula belajar berbisnes, sertai dropship ABDR, kami tawarkan produk sambil belajar menggunakan salah satu medium pemasaran yang sangat efektif. Belajar menggunakan blog untuk mempromosi produk.
Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship bersama Akademi Bekerja di Rumah.
Kami buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1.dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3.dropship makanan sunnah dan produk islamik
5 langkah mudah DROPSHIP ABDR
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan
tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran
Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
No comments:
Post a Comment