Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Carian Google
Bismillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya tuliskan di sini. Selamat Eidul Fitri. Maaf Zahir Batin. Andai ada tulisan saya di blog ini kurang menyenangkan para pembaca sekalian.
Keluarga saya menyambut hari raya dengan penuh kesederhanaan. Tahun ini, saya dan keluarga tidak membeli pakaian khas untuk menyambut hari raya. Hanya memakai pakaian paling baru dan masih elok dipandang. Kami sekeluarga juga tidak menyediakan kuih raya. Hanya persiapan paling ringkas, iaitu membeli bahan makanan untuk menyediakan juadah hari raya.
InsyaAllah, akan teruskan amalan ini untuk tahun-tahun yang akan datang. Alhamdulillah, didoakan semua yang membaca blog ini mendapat keberkatan bulan Syawal. Aamiiin
Astagfirullah.
No comments:
Post a Comment