Tuesday, 10 March 2015

Kisah Minggu Ini.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi.

Bismillah.  Assalamualaikum.  Alhamdulillah.

Cuti tahun baru cina yang lalu, dua orang anak saya demam denggi.  Hampir dua minggu, mereka berdua perlu dipantau dan diambil darah di klinik kesihatan.
 Jadual yang padat.  Anak-anak ada ujian.
 Hari sabtu yang lalu, anak-anak ada karnival sukan pula di Pusat Sukan UPM.

 Hari ahad, Along Zikri hadiri kelas tambahan di sekolah.  Saya pula bertugas memantau anak-anak.  Kelas selesai pukul sepuluh malam.

Jadual setiap minggu saya padat.  Otak pun dah tepu, bagaimana mahu membina ayat.  Perlu mulakan dari asas semula.

No comments:

Post a Comment