Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah.
Cuti sekolah sudah bermula. Sejak tiga hari yang lalu, saya sedikit sibuk.
Kali ini saya menerima tempahan untuk menyediakan menu sarapan pagi. Anak-anak tingkatan lima akan menghadiri kelas tambahan. Kelas tambahan di Sekolah Menengah Al-Amin lebih dikenali dengan nama taman ilmu. Taman ilmu kali ini dikendalikan oleh pihak kelab kelas pibg spm 2015 dan berkerjasama dengan pihak sekolah.
Dari membeli, menyediakan bahan dan menghantar saya, tuan suami dan adik lakukan sendiri. Ini kali pertama saya menerima tempahan makanan. Banyak yang saya belajar. Berbeza dengan memasak untuk keluarga.
Menu juga telah saya sediakan awal-awal lagi. Mudah untuk kita tahu berapa banyak bahan yang kita perlukan. Akan saya kongsikan lagi tentang ini.
Menu hari pertama - burger ayam homemade, air teh dan air mineral.
Ok, saya mahu tinjau kelas dulu. Selain sediakan makanan, saya juga memantau perjalanan kelas. Kelas pagi ini, fizik dan ekonomi.
No comments:
Post a Comment