Wednesday, 11 March 2015

Bekal atau Bento.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.

Semenjak masuk grup Kelab Bekal/Bento Malaysia di facebook saya bertambah rajin bekalkan makanan untuk anak-anak.  Saya suka lihat gambar-gambar bekal/bento ahli-ahlinya.  Comel-comel belaka.  Sesuai untuk tarik perhatian anak-anak untuk makan.

Terkenang-kenang pengalaman membawa bekal ke sekolah.  Masa sekolah rendah, emak sediakan bekalan.  Kadangkala emak sediakan nasi goreng, jemput-jemput atau kuih-muih.  Cuma masukkan dalam bekas bekal plastik.  Bila abah dapat gaji, baru dapat wang saku.  Ada masanya, abah belikan nasi lemak atau roti canai.  Hihihi... bila emak terlewat bangun pagi.

Sekolah menengah, saya sediakan bekalan makanan sendiri.  Masak sendiri.  Pandai-pandailah, paling mudah saya goreng telur.  Boleh masak kicap atau masak sambal.  Makan bawah pokok bersama-sama kawan-kawan.