Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Walaupun agak terlewat menulis mengenai tugasan ini, namun saya mahu kongsikan juga. Terlewat bukan persoalnya.
Saya mahu jadi WAHM!
Kenapa?
Saya tidak bekerja, seorang suri sepenuh masa.
Sudah tentu mahu tambah pendapatan
Saya ingin belajar menulis kerana minat saya membaca buku.
Tambahan pula ia merupakan cita-cita ketika usia remaja.
Usia saya sekarang tiga puluh lapan tahun.
Pada usia ini sudah tentu saya mahu mencapai cita-cita yang terpendam selama ini.
Kenapa sekarang?
Anak-anak saya sudah besar. Sudah ke sekolah menengah. Yang sulung(lelaki) berusia tujuh belas tahun dan anak kembar(perempuan) berusia empat belas tahun. Mereka ke sekolah seawal tujuh setengah pagi dan pulang pada pukul empat petang. Saya mahu mengunakan masa yang ada untuk menambah ilmu yang bermanfaat dan berkongsi pengalaman. Berkenalan dengan lebih ramai lagi suri berkerjaya mahupun suri sepenuh masa.
Bagaimana?
Saya sertai drophsip dengan Puan Masayu Ahmad terlebih dahulu. Semasa itu belum maklum lagi mengenai kelas asas blog. Saya mula sertai dropship melalui Puan Masayu Ahmad pada awal tahun 2013. Mahu tambah pendapatan. Bayaran komitmen ketika itu dua puluh ringgit sahaja. Saya dibantu tuan suami membina laman web dan fanpage untuk produk dropship. Saya juga war-warkan dalam grup whatapps.
Pada bulan Jun 2013, saya berkenalan dengan Puan Aishah Hussein. Puan Aishah diperkenalkan oleh Puan Masayu Ahmad iaitu pengasas kelas asas blog.
Komisyen dari jualan saya kumpulkan. Tidak lama kemudian saya sertai kelas asas blog dan penulisan yang diasaskan Puan Masayu Ahmad yang kini lebih dikenali sebagai Akademi Berkerja di Rumah(ABDR). Bulan Ogos 2013, secara rasmi saya sertai kelas asas blog dan penulisan dibawah tunjuk ajar Puan Aishah, guru online saya. Di kelas ini saya belajar menulis dan fokus kepada tajuk yang diberikan semasa analisa sebelum memulakan kelas.
Selesai tugasan kelas yang diberikan, saya dilantik sebagai pembantu guru kelas oleh Puan Aishah. Selepas beberapa bulan, saya diserapkan pula menjadi rakan niaga atau pengurus online ABDR. Sebagai pengurus online, saya memperkenalkan produk-produk ABDR kepada orang lain. Inilah titik tolak permulaan saya menjadi WAHM.
Kini.
Sekarang saya sudah bergelar WAHM. Saya mahu terus menjadi WAHM. Berita terkini, saya sudah tambah kedai online lagi. Boleh lawatinya di sini.
Senarai laman web dan fanpage(sebelum menyertai ABDR)
http://resepimudahhq.com/
https://www.facebook.com/rmhq27
Senarai blog/laman web dan fanpage(setelah menyertai ABDR)
http://saniahmatsanat.blogspot.com/
http://saniahmatsanat.com/
http://kedaibukusaniah.blogspot.com/
https://www.facebook.com/kedaibukuonlinekita
http://kedaimakanansaniah.blogspot.com/
http://bajumuslimahhq.blogspot.com/
Keyakinan dan kepercayaan yang diberikan tuan suami, Puan Masayu dan Puan Aishah menjadikan saya lebih berusaha lagi.
Kejayaan yang kecil hari ini, saya jadikan asbab kejayaan akan datang. InsyaAllah. Terima kasih, Allah.
No comments:
Post a Comment