Monday, 27 July 2015

Motivasi Surirumahtangga.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi ABDR
Ramai yang sudah dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Banyak kali saya membebel di sini, buat persediaan, buat persediaan. Terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja.

Wajib ada
1. Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2. Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3. Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini)

SUMBER: EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES


No comments:

Post a Comment