Teks : Saniah Mat Sanat
Mula-mula tak tahu nak masak apa pagi ni. Maklumlah stok bahan masakan sudah hampir habis. Esok atau petang ini baru mahu ke pasar. Alhamdulillah, semalam tuan suami belikan telur, tempe, timun jepun dan daun sup.
Petang semalam, Kak Ani masak jemput-jemput bawang. Masih berbaki sebelah lagi bawang besar. Jadi, bila nampak saja bawang tersebut sudah ada idea mahu masak apa. Tambah dengan bahan yang tuan suami belikan.
Jadi, Kak Ani masak jemput-jemput lagi. Kali ini, Kak Ani tambah telur sebiji, daun sup yang dihiris halus dan setengah timun jepun yang didadu kecil. Cicah pula dengan sos cili homemade emak mentua Kak Ani. Allahuakbar, sedap sangat.
Begitulah kawan, selalu juga tak tahu nak masak apa. Kak Ani jenguk dulu apa yang ada kat dapur. Guna saja apa yang ada kan. Jika ada nasi lebih semalam, menu nasi goreng pada pagi itu atau masak jemput-jemput nasi. Pandai-pandailah olah. Betul tak?
No comments:
Post a Comment