Petang tadi tak dapat lagi bagaimana mahu mulakan kisah love story si jurutera vs si minah kilang. Kisah biasa-biasa, namun luar biasa bagi si minah kilang.
Pertama kali dicerita lamaran si jurutera pada teman sekamar semasa berada di asrama, nyata sekali teman si minah kilang membantah. Kata teman itu, si jurutera hanya mahu mempersendakan sahaja. Bukankah sudah banyak kisah-kisah teman lain yang ditinggalkan. Mahukah ia terjadi juga pada dirinya, pesanan teman itu lagi.
Terusik juga hati si minah kilang, kata-kata teman yang baik itu. Kata-katanya benar belaka. Mahukah ibu si jurutera terima dia seadanya, lantaran tahap pendidikan dan pekerjaannya. Jauh benar perbezaannya.
Resah hati dikhabarkan pada si jurutera. Mahu kepastian. Tidak kisahkah perbezaan yang begitu ketara. Apa kata masyarakat? Bimbang sungguh dikatakan mahu menumpang senang.
Si jurutera bertegas, tidaklah kita hidup atas pandangan orang. Kita hidup demi pandangan-Nya. Tegasnya si jurutera lah yang menyebabkan makin tetap hati si minah kilang terima lamaran itu. Lamaran diterima. Kisah baru saja bermula...
No comments:
Post a Comment