Saturday 28 January 2017

Kisah Cinta Si JuruTera vs Si Minah Kilang

Teks : Saniah Mat Sanat

Si Jurutera vs Si Minah Kilang

Apabila sudah terima lamaran si jurutera, hati kecil masih ada rasa sangsi sebenarnya.

Kata dua dari Si Minah Kilang, mahu restu dari keluarga Si Jurutera dahulu.

Jika tiada restu apa erti bahagia.
.
"Kenapa awak suka saya?"

Soalan pertama dari Si Minah Kilang apabila dilamar
.
"Saya suka awak yang sopan berbaju kurung"

Jawapan yang diberikan terus membuatkan Si Minah Kilang terkedu. Sungguh tidak disangka.

Ibu Perlu Kreatif

Teks : Saniah Mat Sanat

Mula-mula tak tahu nak masak apa pagi ni. Maklumlah stok bahan masakan sudah hampir habis. Esok atau petang ini baru mahu ke pasar. Alhamdulillah, semalam tuan suami belikan telur, tempe, timun jepun dan daun sup.

Petang semalam, Kak Ani masak jemput-jemput bawang. Masih berbaki sebelah lagi bawang besar. Jadi, bila nampak saja bawang tersebut sudah ada idea mahu masak apa. Tambah dengan bahan yang tuan suami belikan.

Jadi, Kak Ani masak jemput-jemput lagi. Kali ini, Kak Ani tambah telur sebiji, daun sup yang dihiris halus dan setengah timun jepun yang didadu kecil. Cicah pula dengan sos cili homemade emak mentua Kak Ani. Allahuakbar, sedap sangat.

Begitulah kawan, selalu juga tak tahu nak masak apa. Kak Ani jenguk dulu apa yang ada kat dapur. Guna saja apa yang ada kan. Jika ada nasi lebih semalam, menu nasi goreng pada pagi itu atau masak jemput-jemput nasi. Pandai-pandailah olah. Betul tak?

Friday 13 January 2017

Kembali Pada Asas


Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah. Salam jumaat.

Semoga dipermudahkan dan lancar urusan kita semua hari ini. Aamiin.

Belajar dan amalkan dulu mana yang ada.

Kembali pada asas.

Kukuhkan yang ini semula.


Thursday 12 January 2017

Sekadar Catatan

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

Assalamu ‘alaikum dan selamat pagi.

Mulakan hari dengan lebih bersyukur kerana kita masih diberi kekuatan untuk bangun pagi.

Mulakan hari dengan senyuman yang paling manis.

Masih awal pagi. Alhamdulilah. Berjaya kejutkan anak-anak untuk bangun awal dan sekaligus bersahur.

Rutin kami sekeluarga, semenjak anak-anak bersekolah di Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi.

#GSLVellfire #TeamABDR #AkademiBekerjaDiRumah #TelekungAlKauthar

Wednesday 11 January 2017

Kisah Cinta Baru Bermula

Teks : Saniah Mat Sanat

Petang tadi tak dapat lagi bagaimana mahu mulakan kisah love story si jurutera vs si minah kilang. Kisah biasa-biasa, namun luar biasa bagi si minah kilang.
Pertama kali dicerita lamaran si jurutera pada teman sekamar semasa berada di asrama, nyata sekali teman si minah kilang membantah. Kata teman itu, si jurutera hanya mahu mempersendakan sahaja. Bukankah sudah banyak kisah-kisah teman lain yang ditinggalkan. Mahukah ia terjadi juga pada dirinya, pesanan teman itu lagi.
Terusik juga hati si minah kilang, kata-kata teman yang baik itu. Kata-katanya benar belaka. Mahukah ibu si jurutera terima dia seadanya, lantaran tahap pendidikan dan pekerjaannya. Jauh benar perbezaannya.
Resah hati dikhabarkan pada si jurutera. Mahu kepastian. Tidak kisahkah perbezaan yang begitu ketara. Apa kata masyarakat? Bimbang sungguh dikatakan mahu menumpang senang.
Si jurutera bertegas, tidaklah kita hidup atas pandangan orang. Kita hidup demi pandangan-Nya. Tegasnya si jurutera lah yang menyebabkan makin tetap hati si minah kilang terima lamaran itu. Lamaran diterima. Kisah baru saja bermula...
Si Minah Kilang, Kak Ani
#kahwinmuda #catatanpengalaman2017

Monday 9 January 2017

Rebut Peluang. Bertindak.

Teks : Saniah Mat Sanat


Jujurnya rasa rugi sebab tidak sertai awal-awal Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR). Tahu tak kenapa?

Kak Ani ada rasa itu kerana tidak merebut peluang menjadi yang terawal. Bukankah banyak kelebihan jika kita menjadi yang terawal.

Walaupun demikian, tidaklah terlewat juga pada Kak Ani. Perlunya kita tahu merebut peluang. Lagi lama kita ambil masa, makin kecil peluang yang ada.

Kalian yang mahu tahu mengenai kelas-kelas ABDR boleh klik SINI.
Kalian yang sudah sedia untuk daftar dan belajar boleh klik SINI

Saturday 7 January 2017

Pengalaman Dahulu Membantu.

Teks : Saniah Mat Sanat


Dulu-dulu, saya bekerja sebagai pembantu kedai makan. Ketika itu usia saya lebih kurang tujuh belas tahun. Sempatlah belajar bancuh air.

Sebelum diberi tugas membancuh air, saya basuh pinggan mangkuk. Waktu sarapan pagi dan minum petang ialah waktu puncak di kedai makan tersebut.

Selain itu, tugas saya potong, buang bijinya dan kisar cili kering. Kupas kulit bawang dan hiris nipis-nipis juga. Kemudian masak untuk dijadikan bawang goreng.

Dulu rasa penat sangat semasa bekerja. Tak berapa cekap, memang kena marah jugalah dengan tuan punya kedai. Maklumlah di rumah pun kurang membantu mak dan kakak di dapur. Puas jugalah mak dan kakak bebelkan saya.

Rupa-rupanya, skil-skil kemahiran inilah yang sangat membantu apabila saya berkahwin ketika usia muda. Kita tidak tahu, bila masa atau bagaimana ilmu yang kita perolehi akan digunakan. Samada ilmu itu kita perolehi secara langsung atau tidak langsung.

Kembar Balik Sekolah.

Teks : Saniah Mat Sanat.


Semalam, saya tengah memasak. Anak kembar saya baru sahaja pulang dari sekolah.

Terus nampak mereka berdua macam tercari-cari sesuatu. Pelik sungguh. Tak kan tak nampak ibunya kan. Bila ditanya, rupa-rupanya, cari laptop. Sabar saja la.

Hari ini, ibu nak kuasai laptop pula, ya. Hihihi...jangan marah.

Ibu beranak kembar, Kak Ani.

Kongsi Yang Baik-Baik.

Teks : Saniah Mat Sanat


Kita kongsi perkara baik. Bukan kerana kita sudah baik. Tapi kerana kita mahu jadi baik.

Saya kongsikan kelas-kelas dari Akademi Bekerja Di Rumah kerana tahu ramai lagi suri yang mahu belajar dan membantu ekonomi rumahtangga.

Kerana kita tak mahu tinggalkan anak-anak dan urusan rumahtangga. Sebab itulah wujudnya kelas-kelas pasukan kami secara online.

Khas untuk suri rumah mahupun suri berkerjaya. Tapi kelas kami bukan untuk suri saja tapi untuk semua yang mahu belajar juga.

Practice Make Perfect.

Teks : Saniah Mat Sanat


Semasa baru belajar menulis di Akademi Bekerja Di Rumah secara online, cikgu beritahu tulis saja dahulu ayat-ayat yang mudah dan pendek dahulu. Ayat yang orang lain boleh faham apabila mereka membacanya.

Kemudian, barulah latih diri tulis ayat-ayat yang panjang pula. Rasa macam berada kat kelas bahasa melayu tau. Siap cikgu kata ambil dan baca buku anak. Belajar balik tatabahasa. Belajar tulis guna ejaan penuh.

Merangkak juga pada mulanya, maklumlah sudah lama tinggalkan alam persekolahan. Mahu mula, bukanlah mudah. Latihan 44 entry itulah yang banyak membantu. Practice make perfect. Percayalah.

Rendah Diri. Cara Atasinya.

Teks : Saniah Mat Sanat


Ya, dulu memang rasa rendah diri. Siapa saya mahu digandingkan dengan tuan suami. Si jurutera vs si minah kilang.

Bagaimana hilangkan rasa itu? Jujurnya, dengan tambah ilmu. Banyakkan membaca. Selain itu tonton dan mendengar juga. Tambah pula, sokongan padu tuan suami.

Bukankah kita yang pilih, apa kita mahu jadi. Boleh lihat kita yang dulu, supaya ia jadi pedoman. Jalan terus.

#kahwinmuda #catatanpengalaman2017

Friday 6 January 2017

Tips Niaga di Facebook

Teks : Saniah Mat Sanat


Tips berbisnes di facebook

1.Elakkan tagging friends, terutamanya yang sedang kencang berniaga. Bayangkan jika setiap ruang komennya mendapat komen setiap minit, friends yang lain juga akan mendapat vibrate dan bunyi notification pada setiap minit. Ini boleh mengganggu privacy friends tersebut dan kurang disenangi.

2. Tagging juga adalah perbuatan menceroboh privacy wall friends yang lain. Minta kebenaran terlebih dahulu.

3. Create page niaga dan invite friends ke page niaga tersebut untuk ikuti perkembangan niaga kita.

4. Jika ingin letakkan tentang perniagaan di wall sendiri, elakkan tagging kerana setiap friends dapat melihat notification update wall kita di newsfeed mereka.

5. Boleh berkongsi selalu walau berulang hanya di wall sendiri namun elakkan tagging dan paksaan membeli melalui private message. Sekiranya orang berminat, mereka akan pm kita di inbox.

6. Beri peluang pelanggan berfikir dan hormati mereka. Biar mereka buat keputusan bila tiba masanya. Jika mereka tak memerlukan usah kecewa. Yakinlah, rezeki Allah ada yang lain, lebih luas lagi.
Gunakanlah apa sahaja kaedah pemasaran yang ada sekarang, mudah sahaja. Facebook, blog atau fanpage.

Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti, saya pasti ramai yang sudah cuba menghasilkan blog sendiri tapi masih belum berjaya.
Mudah sahaja. Sertai kelas online blog yang kami anjurkan. Masa belajar sangat fleksibel dan sesuai untuk rutin harian kita yang sentiasa sibuk. Belajar dan terus buat blog bisnes yang anda mahukan.
Nak belajar buat blog kedai online, nak pacak iklan di blog, boleh hubungi saya, ya.
.
Saniah Mat Sanat
Pengurus online ABDR.
#GSLVellfire #GSLP
#janapendapatanmelaluiblog
#akademibekerjadirumah
#kelasonlineblog

Tuesday 3 January 2017

Hari Pertama Persekolahan.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Assalamualaikum. Masih menyesuaikan diri, maklumlah cuti sekolah selama hampir dua bulan. Agak kelam kabut sedikit. Alhamdulillah, kali ini lebih mudah kerana dibantu oleh Along Zikri. Seperti biasa, sediakan bekal untuk Kak Ngah Aida dan Kak Su Aina. Menu kali ini sup ayam dan tomato serta nasi putih.

Tahun ini, Kak Ngah Aida dan Kak Su Aina sudah berada di tingkatan empat. Walaupun begitu, tahun ini bukanlah tahun yang mana mereka berdua boleh berbulan madu. Kecermerlangan dalam pelajaran tetap perlu diteruskan. Moga mereka berdua berjaya. Aamiin.

*******

Jika anda bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google serta mudah dijejaki pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR ini.




Monday 2 January 2017

Hari Pertama 2017

Teks : Saniah Mat Sanat.

Hari pertama tahun 2017, dimulakan dengan acara Ikon Sastera di #KABO (Kafe Buku Oakheart). Walaupun agak lewat sedikit sampai, saya suka sekali dengan acara ini. Tambahan pula, penulis jemputannya ialah Puan Nisah Haron.

Jujurnya saya sedikit hampa kerana sesi berlansung hanya sejam lebih. Rasa sekejap sahaja. Topik yang dibicarakan pula sungguh menarik. Puan Nisah, berkongsi bagaimana beliau bermula. Paling tidak saya sangka dapat melihat koleksi cerpen-cerpen dan puisi beliau yang telah disiarkan.

Tahniah team #KABO untuk acara ini.

Tahun Baru 2017

Teks : Saniah Mat Sanat.

Alhamdulillah. Sudah hari kedua kita memasuki tahun baru. Lama tidak menulis di sini. Mahu terus menulis.

Awal pembabitan saya ke dunia penulisan, saya cenderung mahu tiru gaya penulis yang lain. Baca ayat sendiri rasa skema sungguh.

Sebenarnya, perlu cari gaya kita sendiri. Yang mana kita selesa. Ini yang saya sudah cuba dan menyesuaikan dengan diri. 

Percayalah, jadi saja diri sendiri. InsyaAllah, apa yang kita tulis akan sampai ke hati pembaca.