Sunday, 16 August 2015

Catatan Harian 15hb Ogos 2015

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismilllah.  Alhamdulillah.


Semalam, selesai sediakan sarapan saya ke sekolah anakanda untuk membantu memantau perjalanan kelas tambahan SPM di bawah seliaan Kelab Kelas PIBG.
Gembira melihat kehadiran anak-anak yang ramai. Lebih dari lima puluh orang.
Tambahan pula melihat mereka belajar dengan tekun.
Petang, saya ke pasar malam membeli barang keperluan harian. Alahai, terlupa pula sediakan beg guna semula bila membeli di Pasaraya Speedmart kerana hari sabtu, hari tanpa beg plastik. Semenjak kempen tersebut dijalankan, saya sering mengelak membeli barang pada hari sabtu.
---------
Catatan harian adalah salah satu tugasan wajib dalam kelas asas blog. Macam kita tulis diari. Tulis aktiviti dan pengalaman kita setiap hari.

Kami menerima pendaftaran setiap hari.


MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG

1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan.

2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)



Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Friday, 7 August 2015

Matlamat Kelas Asas Blog Penulisan.


Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR
Bismillah.  Alhamdulillah.  Rutin harian berjalan seperti biasa.  Pagi, setelah bangun tidur saya mandi terlebih dahulu dan terus solat.  Kemudian sediakan sarapan pagi untuk keluarga.  Sarapan pagi, biasanya saya sediakan yang mudah-mudah seperti sandwich, jemput-jemput, nasi goreng atau mee goreng.  Sediakan juga bekal makanan anak-anak dan bersarapan bersama-sama.

Selepas anak-anak ke sekolah, saya kemas dapur terlebih dahulu sebelum menulis.  Ini rutin sebelah pagi sahaja. Rutin tengahari saya ceritakan nanti.

Hari ini saya mahu kongsikan dulu matlamat kelas asas blog dan penulisan yang dikongsikan oleh Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR.
-------------------------------
Matlamat Kelas Asas Blog Penulisan
http://nuruldiyanamohd.blogspot.com/
Ini contoh blog yang sangat berinformasi dan tahu hala tuju blog.

Tajuk blog: Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Label: Bermain Dan Belajar.
Label: Tips Membaca Awal.

Selain tiga label wajib yang ditulis dengan baik sekali dan tahu kaitan antara dua label di atas.
Ia ada imbangan dalam setiap penulisan dan lima label juga tajuk blog utama.

Teks dan foto: sangat penting kerana ia adalah penulisan asal penulis.

Semua bahan di dalam blog ini boleh digabungkan sebagai ebook pertama penulis.

Menguasai tajuk entri berdasarkan apa yang dicari pembaca/pelanggan dalam carian google.
Menyampaikan informasi yang jelas berdasarkan APA PRODUK dan SIAPA PEMBACA.

SIAPA PEMBACA ini ditukar kepada PELANGGAN.
Jadi pautan SHOPPING CART boleh diletakkan pada blog untuk memudahkan pembaca yang mahu membeli produk.

Sampaikan informasi, barulah menjual.
Bina pembaca, barulah tukar sebagai pelanggan.

Adakah kalian belajar sesuatu di sini?

Inilah matlamat kelas asas blog dan penulisan.


Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266



Thursday, 6 August 2015

Ulasan Kelas Asas Akaun.


Sumber ; Puan Zaila Mohamad
http://zailamohamad.blogspot.com/2014/02/kenapa-pentingnya-untuk-urus-akaun.html

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis entri ini, tetapi lantaran kekangan masa saya terpaksa lupakan hasrat tersebut. Alhamdulillah, hari ini terasa ingin berkongsikan pengalaman memasuki kelas urus akaun bagi WAHM SOHO yang mahu baru bermula. Walaupun saya sudah bermula sejak 2009 lagi tetapi hanya serius di dalam menguruskan perniagaan online saya hanya selepas saya berhenti kerja iaitu pada tahun 2012. Jadi, memang sepatutnya saya belajar dengan lebih mendalam lagi tentang pengurusan akaun perniagaan yang saya jalankan ini.

Alhamdulillah, sejak mengetahui adanya kelas urus akaun yang ditawarkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), hati memang teruja untuk menyertainya. Lantaran kelas yang dijalankan juga secara online sahaja sememangnya memudahkan bagi saya kerana tidak perlu keluar dari rumah untuk menghadiri kelas. Saya hanya perlu memilih hari di mana saya perlu berada di hadapan komputer untuk berinteraksi dengan instruktor yang sungguh baik melayan segala pertanyaan dari saya dan kawan-kawan.

Apa yang menarik di dalam kelas ini, kami (satu sesi kelas dihadkan kepada 5 orang) diberi penerangan tentang kepentingan menjaga aliran tunai supaya tidak berlaku kebocoran di mana kita tidak tahu duit hasil jualan kita hilang di mana. Oleh sebab itu, sangat penting untuk mempunyai rekod harian yang mencatatkan aliran masuk dan keluar duit hatta lima sen pun! Lagi satu, duit perniagaan jangan dicampur adukkan pula dengan duit peribadi. Kalau boleh gunakan akaun bank yang berasingan supaya nanti kita boleh menjejak kembali aliran tunai kita. Barulah tidak berlaku insiden "eh, mana pergi duit niaga aku??" (padahal sudah digunakan secara senyap-senyap untuk beli barangan keperluan peribadi kita.

Selain itu, kita juga akan diajar mengenai perkara asas untuk menguruskan akaun seperti mengenali invoice, resit, sebut harga (quotation), penyata bank dan juga baucer tunai. Dalam melakukan urusniaga secara online mahupun offline, 5 perkara di atas sangat penting untuk disimpan dan direkodkan bagi mengira keuntungan yang bakal kita jana hasil daripada setiap jualan yang terhasil. Jangan tak tahu, bekerja sendiri juga perlu disenaraikan beberapa kos seperti penggunaan elektrik, internet dan duit minyak untuk penghantaran barangan ke pejabat pos perlu direkod di dalam perbelanjaan bulanan juga.

Apabila kita bijak menguruskan kewangan atau akaun perniagaan, setiap bulan bolehlah memberi ganjaran kepada diri sendiri berdasarkan keuntungan yang didapati. Ini juga dikenali sebagai "gaji" hasil daripada perniagaan yang kita usahakan. Jangan lupa juga untuk menyimpan dan lupakan sebagai hasil yang kita akan gunakan di hari tua nanti.

Saya rasa memang berbaloi-baloi untuk mengikuti kelas ini. Instruktor kami juga sangat baik dan meninggalkan kami no telefon beliau untuk dihubungi sekiranya ada sebarang kemusykilan.
-------------
Pendaftaran kelas akaun secara online masih dibuka. 15 Ogos 2015, Ahad.


Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

Teks : ABDR
Foto : ABDR

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes


-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)

-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri

-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah

-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan

-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan

-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung

-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat

-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan
Jika kalian kategori usahawan di atas

-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat

-Belajar buat bajet kewangan

-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai

-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji

-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes

-Perlu tahu mana untung mana rugi

-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untuk atau semakin rugi

-Perlu tahu asas keluar masuk wang

-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Pendaftaran Kelas asas Akaun online kini dibuka
Tarikh: 16 Ogos 2015 (Ahad)
Masa: 9.30am-12.30pm
Yuran: RM150Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order.



Pendaftaran Grup Coaching secara offline bagi bulan Ogos kini dibuka.
Kelas asas Akaun Offline - Grup Coaching.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.
Grup Coaching dibuka bagi tarikh dan 2 lokasi berikut:
1. Tarikh: 22 Ogos 2015, Sabtu.
Lokasi: Putrajaya, Presint 6
Masa: 9.30pg - 4.00ptg
Kelas dalam kumpulan kecil (5-10 pax)
2.Tarikh: 12/8/15, Rabu & 15/8/15, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2pm
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
Kelas dalam kumpulan kecil ( 4-6 pax)
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
Sijil dan Refreshment disediakan.
Yuran: RM250

Hubungi kami untuk pendaftaran.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266



Wednesday, 5 August 2015

Berkenalan dengan penulis: NK Azizah


Sumber : :http://norazizahkhazizi.blogspot.com/

Berkenalan dengan penulis: NK Azizah

Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes

Guru online: Mie Normi

InsyaAllah pada hari ini saya ingin berkongsi tentang penjagaan rambut bagi wanita muslimah yang bertudung.
Rambut adalah perhiasan berharga bagi seorang wanita. Jadi memiliki rambut yang sihat dan cantik merupakan idaman wanita. Ianya adalah mahkota yang perlu dibelai dan dijaga malah perlu dilindungi dari pandangan mata ajnabi. Walaupun rambut ditutup a.k.a bertudung, bukan satu alasan untuk wanita memandang remeh terhadap penjagaan rambut. Sayangilah ia sama sepertimana kita menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.

Bagi wanita yang bekerja, bayangkan selama 8-10 jam sehari sewaktu kita bekerja, rambut kita terkurung di dalam tudung yang seterusnya menyebabkan rambut akan mengalami pelbagai masalah. Namun demikian, wanita bertudung insyaAllah akan tetap dapat mengekalkan kesihatan dan kesegaran kulit kepala dan rambut jika kena cara penjagaan dan perawatannya.
Berikut antara masalah utama rambut mereka yang sering terjadi pada wanita:
~ Rambut Mudah Gugur
~ Rambut Berbau
~ Berkelemumur
~ Kulit Kepala Berminyak
~ Hujung Rambut Berbuah

Jadi, apakah tips dan bagaimana caranya untuk kita menjaga kulit kepala dan rambut kita dari masalah tersebut? Insya-Allah di sini saya ingin kongsikan beberapa cara yang patut kita lakukan untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran rambut dan kulit kepala khasnya untuk wanita bertudung.
Panduan di bawah ini boleh anda ikuti demi memastikan rambut anda kekal sihat dan cantik.

Mencuci Rambut Secara Berselang.

· Bagi wanita bertudung, mencuci rambut tidak perlu setiap hari. Cukup mencuci rambut berselang hari atau sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.

· Waktu yang ideal untuk mencuci rambut adalah pada waktu petang atau malam iaitu setelah melakukan kerja harian anda terutama bagi suri yang bekerja.

Mengeringkan Rambut

· Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan dulu sebelum memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan boleh mengakibatkan sakit kepala.

· Memakai tudung ketika rambut basah juga akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.

· Tidak perlu mengikat rambut ketika masih basah, biarkan rambut lepas bebas oleh itu ia akan mengering secara semulajadi. Dengan itu, rambut anda akan lebih terjaga dan mengurangkan kegatalan di kepala serta rambut gugur.

Merawat Dan Merapi Rambut

· Memilih produk yang bersesuaian dengan jenis rambut dan kulit kepala serta mampu menjaga kesihatan kulit kepala dan rambut, dan boleh menyelesaikan masalah rambut seperti kelemumur atau kulit kepala gatal.

· Pilihlah produk berasaskan semulajadi dan herba kerana ia akan menjaga rambut anda lebih baik. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/tonik (selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.

· Semasa menyampu rambut, urut kulit kepala minimum 3 minit bagi melancarkan perjalanan darah kulit kepala dan memastikan nutrien syampu diserap secukupnya.

· Gunakan perapi rambut terutamanya yang mengalami masalah rambut kering yang serius (bagi wanita yang bermasalah kulit kepala berminyak tidak digalakkan). Oleh itu, sebaiknya menggunakan syampu yang berasingan dengan perapi.

· Gunakan syampu yang berasaskan herba (Tips: Shampu yang terbaik membuatkan rambut terasa kesat selepas digunakan). Selain itu, gunalah syampu atau pencuci rambut yang bersesuaian dengan anda dan pastikan syampu tersebut berkesan dalam penjagaan rambut anda.

· Memeriksa jika ada sel rambut mati dan menggunting hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat. Tidak hairanlah ramai wanita merungut rambut mereka yang lebat satu ketika dulu makin menipis hari demi hari. Ini semua kerana tindakan mereka yang tidak mahu menjaga kualiti rambut.

· Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

Mengatasi Masalah Rambut Dengan Segera

· Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar rambut yang menyediakan perkhidmatan rambut atau menggunakan produk herba yang mudah diperolehi dalam pasaran. Namun pastikan ianya tulen, halal dan tidak memudaratkan kesihatan anda.

· Boleh juga dapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi untuk rawatan yang sesuai dengan anda. Perlu diingat, masalah pada rambut kadangkala bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain.

Pemakanan Yang Berzat

· Kesihatan rambut juga bergantung kepada apa yang kita makan. Makanan yang berunsurkan protein, Vitamin B6, B12, dan C amat penting untuk rambut anda seperti ikan, telur, susu, bijirin, buah-buahan dan sayuran hijau.

· Minum air kosong secukupnya, makan lobak merah, minum air teh hijau juga dapat mengekalkan rambut yang sihat.

Merehatkan Diri Dan Rambut

· Sebaik sahaja sampai di rumah, setelah membuka tudung buka ikatan rambut supaya angin meresap ke kulit kepala. Berikan masa untuk kulit rehat dan mengeringkan peluh di kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah. Masa yang ideal untuk merehatkan rambut adalah setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering.

Memilih Fabrik Tudung Yang Sesuai

· Pemilihan tudung daripada material yang lembut dan berkualiti seperti kain kapas kerana fabrik ini mudah menyerap peluh dan mampu memberi pengaliran udara yang baik agar kulit kepala dapat bernafas.

· Pemakaian tudung terkini yang berlapis-lapis sebaiknya jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas dan mudah lembab dan berbau dan sebaiknya elakkan terus memakai tudung yang berlapis-lapis ini ketika sedang beriadah.

· Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini akan membuatkan rasa kurang selesa, mudah pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.
Baca lagi di sini: http://norazizahkhazizi.blogspot.com/
Berkenalan dengan penulis: NK Azizah
Kelas asas blog, fanpage, mula bisnes
Guru online: Mie Normi

Iklan.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR

Bismillah.  Alhamdulillah.  Siaran iklan.

Mula Bisnes Homestay

Perhatian untuk pengusaha homestay seluruh Malaysia!
========================
✅ Mahu iklankan homestay tetapi tidak tahu dimana?

✅ Mahu iklankan homestay secara berterusan sepanjang tahun?

Jangan risau, KAMI pasukan pemasaran online surirumah bernaung AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) mahu membantu.

BERIKLAN dengan kami kerana :
✔ Kami ada satu DIREKTORI IKLAN yang menyenaraikan homestay di Malaysia
✔ Kami mempunyai JARINGAN BLOGGER yang akan membantu mempromosikan sepanjang tahun.
✔ Bayaran untuk tapak iklan hanya SEKALI tanpa perlu perbaharuinya lagi.
(Tawaran ini terhad sehingga tarikh tamat dinyatakan)
✔ BONUS 1: Harga tapak kekal hanya RM150 sahaja untuk dua tempat iklan.
Iaitu:
✔ Bonus 2: Temuramah untuk pengusaha yang mahu berkongsi dalam ebook mula bisnes homestay.

Selagi mana ebook ini terjual maka berterusan homestay diiklankan.
Hubungi kami untuk daftar iklan homestay kalian.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Wednesday, 29 July 2015

Motivasi Suri 2.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.
Pagi ini, saya sediakan nasi goreng ikan.  Ringkas dan mudah.  Teringat peristiwa awal perkahwinan(ceritanya di sini).  Lucu pula bila diingatkan.  Sebenarnya mudah saja sediakan nasi goreng ni. Tambahan pula ada baki ikan goreng semalam.
Sebentar tadi baca tulisan Puan Anys Idayu Zakaria(guru online ABDR) di facebook.  Setuju sangat.  Saya pada mulanya pun tidak fokus.  Keliru dan mahu buat semua.  Akhirnya saya pilih jadi pengurus online ABDR.  Jangan tamak tau.

Inilah tulisan Puan Anys yang saya baca tadi.

Mula awal pagi dengan matlamat dan 'list to do' untuk hari ini. Fokus dengan apa yang diusahakan. Jangan mudah hilang kawalan diri. Adakala ketika kita sedang mengusahakan satu-satu bisnes, tiba-tiba datang pula peluang bisnes lain yang nampak menyakinkan dan menguntungkan. Jangan mudah kita terpengaruh dengan peluang yang datang.

Ini sebenarnya salah satu cabaran pada kita sebagai usahawan yang baru hendak bermula. Fokus kepada bisnes apa yang sedang kita lakukan sekarang, dan setiasa katakan pada diri sendiri, bisnes yang kita sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.

Mahu jadi pengurus online ABDR?
Pendaftaran dibuka setiap hari.

Sertai kami bersama keluarga besar ABDR, kami sedang mara 2000 ahli untuk tahun 2015. Pendaftaran setiap hari, In shaa Allah

Pilihan kelas online atau offline.
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas mula bisnes online.
-Penulisan ebook pertama.
-Kelas borong telekung solat.
-Kelas asas wordpress.
-Kelas beriklan mudah.my
-Kelas urus akaun bisnes kecil.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266