Friday, 7 August 2015

Matlamat Kelas Asas Blog Penulisan.


Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR
Bismillah.  Alhamdulillah.  Rutin harian berjalan seperti biasa.  Pagi, setelah bangun tidur saya mandi terlebih dahulu dan terus solat.  Kemudian sediakan sarapan pagi untuk keluarga.  Sarapan pagi, biasanya saya sediakan yang mudah-mudah seperti sandwich, jemput-jemput, nasi goreng atau mee goreng.  Sediakan juga bekal makanan anak-anak dan bersarapan bersama-sama.

Selepas anak-anak ke sekolah, saya kemas dapur terlebih dahulu sebelum menulis.  Ini rutin sebelah pagi sahaja. Rutin tengahari saya ceritakan nanti.

Hari ini saya mahu kongsikan dulu matlamat kelas asas blog dan penulisan yang dikongsikan oleh Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR.
-------------------------------
Matlamat Kelas Asas Blog Penulisan
http://nuruldiyanamohd.blogspot.com/
Ini contoh blog yang sangat berinformasi dan tahu hala tuju blog.

Tajuk blog: Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Label: Bermain Dan Belajar.
Label: Tips Membaca Awal.

Selain tiga label wajib yang ditulis dengan baik sekali dan tahu kaitan antara dua label di atas.
Ia ada imbangan dalam setiap penulisan dan lima label juga tajuk blog utama.

Teks dan foto: sangat penting kerana ia adalah penulisan asal penulis.

Semua bahan di dalam blog ini boleh digabungkan sebagai ebook pertama penulis.

Menguasai tajuk entri berdasarkan apa yang dicari pembaca/pelanggan dalam carian google.
Menyampaikan informasi yang jelas berdasarkan APA PRODUK dan SIAPA PEMBACA.

SIAPA PEMBACA ini ditukar kepada PELANGGAN.
Jadi pautan SHOPPING CART boleh diletakkan pada blog untuk memudahkan pembaca yang mahu membeli produk.

Sampaikan informasi, barulah menjual.
Bina pembaca, barulah tukar sebagai pelanggan.

Adakah kalian belajar sesuatu di sini?

Inilah matlamat kelas asas blog dan penulisan.


Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266



No comments:

Post a Comment